ZAMAN LOGAM

 

Pengenalan

Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia. Zaman ini boleh dibahagikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Masyarakat logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan daripada masyarakat sebelumnya. segala aspek terus mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat beberapa masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama. Sebagai contoh, Tamadun Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun Mesir.

 

Ciri-ciri

Peralatan

Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti gangsa dan besi. Sebabnya mereka berasa alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai berasal dari Dongson, Vietnam. Sebabnya, Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada zaman itu.

 

Kegiatan Seharian

Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah.

 

Adat dan Upacara

Manusia kini mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada penduduk zaman batu. Sebagai contoh, mereka menanam mayat dalam kubur batu kepingan dan kubur jenis ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak. Selain itu, mereka meletakkan mayat di dalam keranda kayu yang berbentuk perahu. Buktinya, keranda sebegini dijumpai di Sungai Lang, Selangor. Contoh di atas merupakan adat pengebumian bagi masyarakat zaman ini. Selain adat ini, upacara lain seperti perkahwinan juga dimulakan pada zaman ini.

 

[Main]