ROM

 

Raja Rom terakhir dikenali sebagai  Tarquin the Proud. Pada tahun 509 SM, dia diusir dan sejak itu bangsa Rom memutuskan mereka tidak akan memiliki raja lagi. Sebaliknya mereka memilih dua orang dari kalangan penduduknya untuk memerintah selama setahun. Mereka ini dipanggil Majlis. Dua orang ini dipilih agar dapat mengawasi antara satu sama lain.

 

Majlis mempunyai kuasa yang banyak. Majlis mengetuai tentera, mengetuai hal-hal berkaitan dengan agama dan bertindak sebagai hakim. Tetapi seorang Majlis tidak boleh mengambil tindakan tanpa persetujuan yang seorang lagi.

 

Untuk membantu mereka memerintah, ditubuhkan sebuah Majlis yang digelar Senat (Senate). Senat ini terdiri daripada 300 orang yang mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan nasihat mereka sering berharga. Senat memutuskan semua persoalan yang berkaitan peperangan, keamanan dan mencadangkan undang-undang baru. Sistem kerajaan tanpa raja ini dikenali sebagai republik. Rakyat Rom menganggap bentuk kerajaan republik ini sebagai sesuatu yang baik berbanding dengan pemerintahan beraja.

 

Sistem Pemerintahan Republik Rom

Dalam kerajaan republik, golongan aristokrat mewakili kelas bangsawan (Patrician), manakala rakyat terbanyak mewakili kelas rakyat biasa (Plebian). Golongan Plebian dinafikan hak politik yang penuh, khususnya peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

 

Di zaman awal kerajaan republik, golongan bangsawan menguasai dua institusi kerajaan yang penting, iaitu Majlis dan Senat. Dua majlis yang dipilih dari kelas bangsawan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha untuk jangka waktu selama setahun. Majlis ini biasanya mengetuai tentera, tetapi di zaman perang atas nasihat Senat, mereka biasanya menyerahkan kuasa kepada seorang selama enam bulan.

 

Ahli-ahli senat dipilih daripada golongan bangsawan. Dari segi teori, peranan senat adalah semata-mata untuk menasihati, tetapi pada hakikatnya ia mempunyai pengaruh yang luas ke atas republik. Golongan rakyat biasa (Plebian) pula menyampaikan pandangan mereka kepada suatu badan lain, iaitu Centuriate Assembly.

 

Menjelang akhir zaman pemerintahan republik, beberapa jawatan baru diwujudkan untuk mengambilalih tugas Majlis. Antaranya ialah Quaster untuk mengurus kewangan negara; hakim yang dikenali sebagai Praetors mengambilalih tugas mendengar dan memutuskan kes-kes di mahkamah; Censors dilantik untuk menjalankan banci penduduk, mengenalpasti mereka yang layak menjadi tentera serta menyelia tanah-tanah awam.

 

Kesan Pemerintahan Republik

Sistem pemerintahan republik telah membuka jalan kepada kemunculan para pemerintah diktator. Hal ini menyebabkan sering berlaku perkelahian, pembunuhan, perebutan kuasa antara beberapa orang diktator. Golongan bawahan Rom seperti kaum petani telah mengadakan pemberontakan. Mereka mahukan pembaharuan sari segi ekonomi, terutamanya tentang tanah. Mereka telah dipimpin oleh dua orang adik-beradik, iaitu Tiberius dan Cains Gracchus, tetapi kedua-duanya terkorban dalam perjuangan mereka kerana telah ditindas oleh ahli-ahli Senat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya.

 

Untuk mengubah corak pemerintahan dan membawakan pembaharuan kepada negara, kepimpinan seorang tyrant dengan sokongan tentera yang kuat diperlukan. Hal ini menyebabkan bermula pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu memimpin negara. Antaranya Marius, Wsulla, Pompey dan Caesar. Setelah Caesar berjaya mengalahkan musuhnya, Pompey, dia telah memaksa Senat meluluskan segala kehendaknya. Pada 49 SM, dia menjadi diktator dan sekali gus menamatkan sistem pemerintahan republik Rom. Orang Rom menjadikan Caesar seorang diktator seumur hidup. Dia adalah pemerintah seluruh angkatan tentera sehingga digelar maharaja.

 

Caesar memerintah Rom hanya selama 5 tahun. Tetapi dalam jangka waktu itu dia telah menghasilkan pelbagai pembaharuan yang membanggakan rakyat jelata. Caesar dibunuh pada 44 SM oleh sekumpulan ahli Senat. Pembunuhan ini dilakukan beralasankan Caesar menjadi terlampau kuat. Sebaliknya, keadaan menjadi kelam-kabut dan mula tercetus peperangan. Dalam waktu keributan inilah muncul Octavian (Augustus) yang menjadi Maharaja Rom yang pertama dengan memerintah tanah-tanah luas di bawah penguasaan Rom.