BATU
TERLEPAS DARI NERAKA
Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu
seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat
air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu.
Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman
Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis
ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu
menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau
bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari
menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi
sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"
MORAL & IKTIBAR
-
Batu adalah juga makhluk Allah yang
mempunyai perasaan
-
Batu menjadi bahan bakar api neraka
selain manusia
-
Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan
Allah
-
Orang yang kasyaf yakni mereka yang
dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang
tersirat
-
Hati manusia seperti batu yang keras
- sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan
-
Hati manusia bisa dilembutkan dengan
cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah
dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
-
batu yang tidak mempunyai akal pun takut
dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal
-
Manusia yang berhati batu tidak akan
mendapat kurniaan dan rahmat Allah
-
Ada batu yang terkecuali dari menjadi
bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti
menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.
|