|
MANUSIA
DI ATAS AGAMA
"
Alhamdulillah dapat kita bertemu sekali
lagi dalam sesi muzakarah kali ini. Kadang-kadang kita merancang untuk
bertemu setiap minggu tapi atas Allah jua segala penentuan. Sebagai insan
kita pohonkan kemaafan dan beristighfar atas segala kelemahan.
Hari ini masalah pendidikan seharusnya
diberikan penekanan yang paling serius. Dalam keadaan yang serba maju dan
moden, manusia teraba-raba dalam kemanusiaannya. Oleh sebab tiada contoh
ikutan, maka ramai yang tenggelam tanpa punca. Apa saja yang datang terus
dipegang menjadi satu ideologi. Akhirnya akal dan kemanusiaan tenggelam.
Nafsu dan kebinatangan menjadi ketua menerajui setiap tindakan.
Para guru atau pendidik yang sepatutnya
mentarbiah anak didik juga tidak terlepas dari fenomena ini. Mereka hilang
punca. Sudah tentulah anak-anak didik mereka lebih-lebih merasakan kehilangan
dan hanyut dalam arus yang tidak ada penghujung. Jalan penyelesaian
menemui jalan buntu.
Justeru, pendidikan merupakan sesusatu
yang maha penting untuk memandu kehidupan manusia. Ia mesti berlandas kepada
falsafah dan dasar yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan moden
yang berorientasikan fahaman sekular gagal mentarbiah manusia. Kita mesti
mengembalikan pendidikan beragama kepada anak-anak. Jatuh bangunnya manusia
berpunca dari agama. Bagus agama maka baguslah kemanusiaannya. Buruk agama
maka buruklah kesudahannya. Pendeknya manusia itu atas agama anutannya.
Nabi Muhammad telah merintis jalan
ke arah budaya beragama. Baginda adalah contoh terbaik untuk diikuti dalam
semua aspek kehidupan. Baginda dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh
alam. Dalam zaman kegawatan akhlak ini, pendidikan perlu kembali berteraskan
kepimpinan Baginda yang mempelopori 'uswah' dan 'qudwah' hasanah - ikutan
terbaik. Semua gerakgeri Nabi Muhammad adalah didorong oleh wahyu Allah.
Manusia tidak akan sesat sekiranya berpegang dan menjadikan Baginda sebagai
ikutan. Masyarakat itu atas kepimpinan ketua. Penerapan uswah dan qudwah
Baginda harus bermula dari pemimpin/ketua. Ketua, pemimpin atau guru yang
baik melahirkan generasi yang baik. Mereka perlu bertindak sebagai 'role-model'
dalam usaha penerapan budaya beragama. Ciri-ciri hasanah ini perlu dijelmakan
dalam realiti kehidupan.
Ciri-ciri jahiliah zaman dulu masih
ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ini. Kejahatan, kefasikan,
kesesatan, kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini. Amar makruf
dan nahi mungkar tidak menjadi teras dalam pendidikan. Kegawatan moral
kemanusiaan berada di ambang atau tepi jurang neraka perlu diberikan perhatian
serius melebihi daripada kawalan membanteras kegawatan ekonomi yang hanya
menyentuh masa terdekat. Manusia diserang penyakit yang memusnahkan keseluruhan
kemanusiaannya. Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bagi merawat
dan menyembuhkan ciri-ciri kemanusiaan. Farmasi yang mampu memberikan penyembuhan
tidak lain daripada Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan
para sahabat. Inilah ubat sebenar bagi penyakit masa kini. Hakikat yang
wujud sekarang ialah ramai cuba memberikan jalan penyelesaian tetapi terpesong
kerana tidak berlandaskan fitrah dan sunnah. Akhirnya ubat yang diberikan
tidak menyembuhkan penyakit kerana penyakit lain, ubat yang diberikan pula
berlainan dan bercanggah dengan penyakit yang diidapi. Ibarat penyakit
barah diubati dengan panadol.
Orang kafir terutama Yahudi mengeksploit
kelemahan orang Islam. Mereka sedar keruntuhan yang sedang berlaku di kalangan
umat Islam. Kegawatan ini mereka jadikan asas untuk menjahanamkan lagi
keIslaman yang ada pada diri mereka. Mereka tidak sekali-kali berpuas hati
dan redha selagi umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka sehasta
demi sehasta sehinggalah orang Islam menganuti budaya dan cara hidup mereka.
Mereka akan cuba menerapkan budaya murtad atau semi-murtad di kalangan
anak-anak muda Islam. Islam dilanyak seperti mana melanyak Iraq dan negeri
Islam lain. Apabila Islam dan budaya Islam punah dan hancur barulah mereka
gembira dan berpuas hati. Orang Yahudi suka orang Islam sesat seperti mereka,
biar sama-sama menjadi penghuni neraka. Inilah konsep yang menjadi asas
perjuangan Yahudi dan syaitan laknatullah.
Alhamdulillah kita berasa syukur
kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Para sahabat bersama Nabi Muhammad
saw. menyebarkan agama Islam dengan begitu perit dan susah. Mereka berjuang
hingga ke titisan darah mengorbankan harta dan nyawa untuk menegak dan
menghadiahkan Islam kepada kita. Sekarang kita sudah menerima Islam hasil
pengorbanan mereka. Apakah setelah menerima Islam kita patut berdiam diri.
Lupakah kita akan perjuangan mereka yang menghadiahkan Islam kepada kita?
Kalaupun tidak berjuang untuk menegakkan keislaman pada orang lain, kita
berkewajipan menjaga Islam sekurang-kurangnya pada diri kita dan keluarga.
Nikmat Allah tidak terhitung. Setiap
detik kita kecapi nikmat tersebut. Kita wajib bersyukur kepada Allah atas
nikmat panca-indera, infra-struktur dan segala kemudahan di dunia ini.
Lebih-lebih lagi bersyukur atas nikmat Islam dan Iman. Sebagai tanda kesyukuran,
kita patut berpegang dengan tali Allah iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi.
Kedua-dua sumber itu adalah kekuatan Islam. Di samping itu perlu dihidupkan
semula budaya yang hampir lenyap iaitu amar makruf dan nahi mungkar. Adalah
menjadi tanggungjawab bersama membangunkan Islam yang sedang rebah dan
munuju saat-saat tenat. Pembinaan masyarakat madani adalah menjadi tanggungjawab
semua muslim. Penerapan sifat taqwa perlu diusahakan di samping menunjuk
atau mengimarahkan ciri-ciri keislaman meskipun dibenci oleh orang kafir.
Inilah yang perlu kita bangunkan
bagi meneruskan usaha dan perjuangan Nabi Muhammad saw. Baginda akan bangga
jika umatnya tegak dalam Islam sebaliknya baginda akan berduka jika umat
yang dibinanya musnah dalam kegelapan aqidah. Marilah sama-sama kita melakukan
sesuatu yang boleh menyukakan hati baginda di samping menjauhi diri
dari meluka dan menyebabkan Baginda berdukacita. Semoga Allah membantu
kita dalam merealisasikan hasrat ini. Amin..
|