TERPERANGKAP
DI DALAM GUA
Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu
perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat.
Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak
batu itu tetapi tidak berjaya.
Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar
tapi kesemuanya gagal. Akhirnya
tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah.
Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan
diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan
amal kebajikan yang mereka buat.
Pemuda pertama berdoa:
"Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh
terhadap kedua ibubapa saya. Suatu
hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu
saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan
beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang,
saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani
mengejutkannya walaupun saya tersangat
lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah,
jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku
dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk
keluar dari sini."
Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan
kurnia Allah, namun mereka masih
belum boleh keluar.
Giliran pemuda kedua berdoa:
"Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh.
Saya mempunyai gedung perusahaan
dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya.
Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil
gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya
gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya
untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa
bulan kemudian, pekerja itu datang
kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk
keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan
amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan
ini!"
Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu
itu bergerak sedikit tetapi masih
belum boleh keluar.
Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga:
"Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai
suatu amalan yang dianggap penting.
Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana
malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan
makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja
aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya.
Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan
menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya
berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan
dosa perbuatan terkutuk itu. Aku
menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak
terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah,
sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima,
tolonglah kami dari kesusahan
ini."
Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan
mereka pun keluar dengan selamat.
MORAL
& IKTIBAR
-
Allah memberikan bantuan kepada mereka yang
benar-benar berdoa dengan penuh
keikhlasan kepadaNya.
-
Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul
dengan amal kebajikan yang kita
lakukan.
-
Bertawassul juga merupakan salah satu ciri
dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah
-
Dalam melaksanakan sesuau pekerjaan eloklah
bermuafakat terlebih dahulu sebab
muafakat itu membawa berkat
-
Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan
soleh
-
Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan
soleh
-
Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan
soleh