TUKANG
KASUT DAN RAJA
Seorang alim meminta tukang kasut
menampal kasutnya yang koyak. Orang alim itu tidak mempunyai wang sebagai
upah kepada tukang kasut. Sebagai ganti dia hendak mengajarkan satu ilmu
agama kepadanya. Tukang kasut itu tidak bersetuju dan tetap hendakkan wang
sebagai upah.
Di negeri yang sama, seorang raja
menyerahkan anaknya kepada Tok Guru untuk mendalami ilmu agama. Bertahun-tahun
anaknya belajar di pondok Tok Guru tetapi tidak dapat apa-apa kecuali mahir
dalam satu bab saja iaitu Bab Haid. Apabila Raja mengetahui anaknya mahir
dalam agama walau satu bab sahaja, dia menyerahkan semua hartanya kepada
si-anak tadi.
MORAL &
IKTIBAR
-
Orang yang mengasihi dunia lebih suka
mendapat ganjaran yang sedikit daripada dunia.
-
Peminat dunia tidak begitu menghargai
nilai ilmu agama
-
Allah memberi hidayah kepada sesiapa
yang dikhendakiNya. Dalam hal ini tukang kasut tidak dapat hidayah Allah.
-
Akal manusia tidak dapat menilai suatu
yang baik hanya berdasarkan kepada logik akal tanpa merujuk kepada ajaran
agama.
-
Mereka yang dapat menilai kepentingan
ilmu berasa bertuah meskipun hanya dapat satu ilmu saja kerana nilai di
sisi Allah adalah amat besar.
-
Wang ringgit akan habis tetapi ilmu
agama kekal sebagaimana kekalnya akhirat.
-
Wang ringgit bukan menjadi ukuran keredhaan
Allah
-
Manusia menjadi hamba kepada apa yang
dicintainya
-
Bukan semua orang miskin menyintai agama,
dan bukan semua orang kaya menyintai dunia
|