
|
Bismillahir Rahmanir Rahim Melihat remaja kita yang suka meniru-niru budaya asing, teringat saya satu cerita yang pernah dikisahkan oleh seorang guru semasa saya kecil dulu. Ceritanya begini: Seekor kera berada di atas sepohon pokok. Dia ternampak seorang tukang gunting sedang menggunting rambut seorang budak di bawah pokok. Dia tertarik hati dan asyik melihat gelagat tukang gunting yang menggunakan gunting dan pisau cukur. Pekerjaan tukang gunting itu menarik perhatiannya sehinggalah selesai tukang gunting itu menggunting rambut budak itu. Setelah selesai, tukang gunting itu
pun beredar dari situ untuk makan. Dia meninggalkan perkakasannya di bawah
pokok itu. Sang Kera segera turun dari pokok untuk melihat gunting dan
cukur yang digunakan oleh tukang gunting tadi. Tergerak di hatinya untuk
meniru perbuatan tukang gunting. Dia pun mengambil gunting lalu menggunting
bulu/rambut di badan dan kepalanya. Setelah itu dia mengambil pisau cukur
pula. Cepat-cepat dia meraut bulu di badannya. Dalam kegopohannya pisau
cukur itu memotong sebahagian hidungnya. Kera menjerit kesakitan. Darah
bercucuran mengalir dari mukanya. Sang Kera mula menyesal atas perbuatannya
meniru perbuatan tukang gunting itu.
MORAL DAN
PENGAJARAN:
Bukanlah dinamakan kebijaksanaan mereka yang suka meniru-niru sesuatu dari orang lain. Melaka, 15 Zulhijjah 1418 12 April 1998
|
|
|
|