NABI
MUHAMMAD SAW
MAKHLUK
TERAGUNG
"
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya
dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya
tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat
pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka
bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang
istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir
adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang
boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti
bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan
tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw.
yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan
oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran
potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan
baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat
dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka
dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa
yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut
paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung
di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya
sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di
antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
-
Aku belum pernah melihat lelaki yang
sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
-
Seandainya kamu melihat Rasulullah,
kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
-
Aku pernah melihat Rasulullah saw di
bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku
sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
-
Rasulullah saw seumpama matahari yang
bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
-
Apabila Rasulullah saw berasa gembira,
wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui
yang baginda sedang gembira.
-
Kali pertama memandangnya, sudah tentu
kamu akan terpesona
-
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung
kepada bulat
-
Wajahnya seperti bulan purnama
-
Dahi Baginda luas, raut kening tebal,
terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak
semakin jelas semasa marah.
-
Mata Baginda hitam dengan bulu mata
yang panjang
-
Garis-garis merah di bahagian putih
mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
-
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh
misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
-
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
-
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.
-
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan
memancar dari giginya
-
Janggutnya penuh dan tebal menawan
-
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk
dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
-
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
-
Rambutnya sedikit ikal
-
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh
pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
-
Rambutnya terbelah di tengah
-
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali
satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
-
Dadanya bidang dan selaras dengan perut.
Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
-
Seimbang antara kedua bahunya
-
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak
tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
-
Aku tidak pernah menyentuh sebarang
sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.
-
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
-
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur
atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih
banyak.
-
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
-
Warna kulitnya putih tapi sehat
-
Kulitnya putih lagi bercahaya
-
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya
besar dan kukuh
-
Badannya tidak gemuk
-
Badannya tidak tinggi dan tidak pula
rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
-
Perutnya tidak buncit
-
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa
berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada
mereka
-
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi
tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak
pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah
saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan
Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya
Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
MORAL
& IKTIBAR
-
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik
pilihan Allah.
-
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek
fizikal dan rohani.
-
Atas sifatnya yang superior inilah baginda
dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
-
Baginda adalah manusia mithali yang
serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang
dosa lagi bersifat dengan maksum.
-
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi
contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati
Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
|