TOLERANSI NABI DALAM
BERDAKWAH
Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para
sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata "Izinkanlah saya
untuk berzina." Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga
dan merasa marah.
Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan
melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu
bertanya "Mahukah engkau berzina dengan ibumu?" Pemuda itu menjawab "Tidak!".
Lantas Nabi bersabda "Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat
jahat kepada ibu-ibu mereka." Nabi kemudian mengajukan soalan kedua "Sukakah
kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri? atau sukakah kamu
sekiranya isteri kamu dinodai orang?" Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda
itu dengan "Tidak!".
Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya
yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa "Ya Allah, sucikanlah hati
pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina."
Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang
paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.
MORAL
& IKTIBAR
-
Sifat berlemah-lembut dan toleransi amat perlu
ada dalam setiap pendakwah.
-
Sifat lemah-lembut kunci bagi kejayaan dakwah
-
Sifat toleransi merupakan satu rahmat dan pemberian
Allah yang bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim
-
Perkataan yang kasar dan kesat bukan menghampirkan
orang lain kepada kita malah akan
menjauhkannya lagi
-
Sebelum melakukan sesuatu perkara, perlulah
bermesyuarat atau berbincang (bertukar-tukra
fikiran) dengan orang lain
-
Jauhkan bertindak mengikut hawa nafsu kerana
ia datang dari syaitan
-
Kemukakanlah soalan kepada orang lain walaupun
soalan itu kemungkinan tidak ada logiknya;
sementara orang yang ditanya pula
berikanlah layanan yang sepatutnya dengan ikhlas.
-
Berikanlah nasihat atau teguran kepada orang
yang memerlukan namun teguran
itu hendaklah dilakukan dengan ihsan kerana Allah
semata-mata semoga orang yang berkenaan tidak berasa diperhinakan
dan terus menerus terbiar menjadi mangsa syaitan.
-
Berdakwah dengan hikmah memberikan kesedaran
dan keinsafan kepada orang yang
didakwah.