STIK DAGING LEMBU 
 

BAHAN -BAHAN
  • 750 g daging tanpa tulang
  • 4 camca besar minyak masak
BAHAN PERASA
  • 2 camca teh kicap cair
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • 1 biji telur ( dipukul )
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca besar gula
  • setengah camca teh garam
  • 1 camca teh serbuk perasa ( jika suka )
BAHAN SOS
  • 2 camca besar kicap cair
  • setengah camca teh kicap hitam
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar gula
  • setengah camca teh minyak bijan
  • setengah cawan air rebusan / air
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 2 camca besar air ( tepung jagung digaul hingga rata)
  • garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  • Potong daging kepada ketulan yang besar  (tebal lebih kurang 3 mm.)
  • Pukul kedua-dua belah daging itu dengan bahagian belakang pisau agar menjadi lembut
  • Perapkan daging dengan bahan perasa. Biarkan selama 2 - jam
  • Pijarkan minyak dalam kuali
  • Gorengkan daging hingga kuning keperang-perangan di kedua dua belah
  • Angkat dan aturkan dalam pinggan
  • Masukkan kesemua bahan sos kecuali campuran tepung jagung ke dalam periuk.
  • Biarkan mendidih
  • Tambahkan campuran tepung jagung untuk memekatkannya.
  • Tuangkan sos ke atas daging dan hidangkan panas-panas.
 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN
 




menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me][selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]