HAC

 

 


Text Box:  Text Box:  Kata - kata ALUAN
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Sains Labuan

 

S

 

 

etinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberi sepatah dua kata dalam buku cenderamata Hari Anugerah Cemerlang SMSL bagi tahun 1999. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMSL telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang.

 

Kesudian Y.B Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli b. Tan Sri Mohd. Ghazali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk hadir menyempurnakan Hari Anugerah Cemerlang SMSL dan Mesyuarat Agung PIBG SMSL kali ke-IX menunjukkan keperihatinan dan kesungguhan kerajaan terhadap usaha ke arah kecemerlangan pendidikan dan untuk itu PIBG ingin merakamkan ribuan terima kasih.

 

"KECEMERLANGAN SBP  PEMANGKIN KEGEMILANGAN ALAF BARU" adalah tema yang sangat bertepatan dengan hasrat dan harapan pelajar, pendidik dan ibu bapa di sekolah Berasrama penuh dalam menyongsong ke alaf baru. Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu pengukur kepada prestasi pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih Anugerah Cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha.

 

Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada seluruh warga pendidik dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang. Para ibu bapa pelajar dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara langsung mahu pun secara tidak langsung menjayakan Hari Anugerah Cemerlang diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

 

Wassalam. Terima kasih daun keladi.

 

 

DR. SANSUL BAHRI BIN HJ AHMAD

Yang Di Pertua,

Persatuan Ibu Bapa Guru, SMSL.