JAGUH SUKAN

Nurul Huda Abdullah, Ratu Renang Negara telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan renang di beberapa kejohanan antarabangsa.

         Beliau adalah ahli sukan wanita paling muda yang mewakili negara di kejohanan antarabangsa semasa berusia 13 tahun.Pada masa itu beliau menyertai kejohanan Sukan SEA ke-13 yang diadakan di kota Bangkok pada tahun 1985.
         Dalam kejohanan tersebut Nurul Huda telah memenangi tujuh pingat emas dalam semua acara yang disertainya.Beliau mengulangi kejayaan cemerlang itu dua tahun kemudian iaitu dalam Kejohanan Sukan SEA ke-14 yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada tahun 1987.  Dalam kejohanan  itu beliau berjaya merangkul tujuh pingat emas, satu pingat perak dan berjaya memecahkan beberapa rekod sukan.  Semasa Sukan Aia yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1986, Nurul telah memenangi dua pingat perak dan satu gangsa.
         Nurul yang kini sedang menuntut di Sydney,Australia melibatkan diri dalam sukan ini sejak kecil lagi dan mendapat galakkan daripada ibunya Puan Cindy Wee .

Sumber:  Siri Pengetahuan Am Malaysia