Kisah Benar Setiap Subuh
Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi 
Berkumandang suara azan 
Mendayu memecah sunyi 
Selang seli suara azan 
Mendayu memecah sunyi 
Selang seli suara ayam 

Tapi insan kalaupun ada hanya 
Mata yang celik dipejam lagi 
Hatinya penuh benci 
Berdengkurlah kembali 
Begitulah peristiwa di subuh hari 
Suara insan di alam mimpi 

Ayuh bangunlah, tunaikan perintah Allah 
Sujud mengharap keredhaanNya 
Bersyukurlah bangkitlah segera 
Moga mendapat keredhaanNya 
Begitulah peristiwa di subuh hari 
Setiap pagi setiap hari

Terima Kasih :  
Raihan Kerana Peringatan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Kisah Ini Ditulis Hanya Untuk Peringatan Kita Bersama