PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :

  •  Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.
  • Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
  • Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada pelajar dan guru.
  • Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar , di antara kelab dan individu dalam masyarakat.
  • Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran
  • Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat.
  • Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer.
  • Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan.
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.

Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer

Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.

 Penasihat

Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

  Peranan Guru Penasihat.
 

  • Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.
  • Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosial dan nilai rekreasinya.
  • Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.
  • Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab.
  • Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.

Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi.

  •  Pengenalan Kepada Sistem Komputer
  • Pemprosesan Kata
  • Hamparan Elektronik
  • Pengkalan Data
  • Alat Pengarangan (Authoring Tool)
  • Internet (termasuk pembinaan homepage)
  • Penyenggaraan Perkakasan & Perisian Komputer )
  • Penyenggaraan Perkakasan & Perisian Komputer
  • Contoh Perisiaan Pendidikan
  • Kaedah Pengurusan Kelab.

 Dalam pengurusan makmal komputer , beberapa aspek perlu di di ambil kira supaya penubuhan makmal komputer dapat direalisasikan secara berkesan. Antara aspek yang paling ialah mengenai kemudahan fizikal dan perkakasan.

.Kemudahan Fizikal

  • Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
  • Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.
  • Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
  • Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
  • Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah.
  • Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
  • Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.

.Keselamatan Makmal.

Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti :
 

  • Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .
  • kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
  • Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
  • Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
  • Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
  • Adakan perisian Anti Virus yang terkini.

.Peraturan Makmal Komputer
 

  • Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal komputer.
  • Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.
  • Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer.
  • Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu nama guru, tingkatan , waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan sebelum memulakan operasi.
  • Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer . Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya
  • Lapurkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.

  Penyenggaraan Komputer
 

  • Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah: