Reka Bentuk Pengajaran.

Reka Bentuk Pengajaran adalah satu proses yang pada dasarnya digunakan untuk memperkembangkan pelbagai jenis bahan-bahan pengajaran, seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tidak bercetak, pengajaran berbantukan komputer atau pengajaran melalui televisyen. Menurut Gagne, 1984 ; Dick dan Carey, 1987 penyelidikan telah menunjukkan bahawa proses ini adalah satu cara yang berkesan bagi merancang apa sahaja jenis pembelajaran. Suatu pelan pengajaran terdiri daripada beberapa komponen yang apabila digabungkan, dapat menyediakan anda satu garis kasar untuk menyampaikan pengajaran yang efektif kepada pelajar. Komponen utama ialah mengenai 'tujuan' pengajaran, tafsiran keperluan bagi menentukan dengan teliti sifat-sifat khas pelajar serta menyediakan objektif pembelajaran. Komponen yang berikutnya dalam pelan yang menyeluruh ialah senarai aktiviti-aktiviti pengajaran. Penerangan aktiviti-aktiviti tersebut akan diikuti dengan pertimbangan tentang pemilihan media pengajaran yang sesuai atau bahan-bahan pengajaran yang relevan.

Reka bentuk pengajaran ADDEI menyatakan lima langkah utama yang akan digunakan dalam proses pengajaran.

Model 1: Reka Bentuk Pengajaran ADDIE.
Langkah-langkah dalam model ADDIE

Langkah 1. Analisis Masalah- Mempastikan sama ada terdapat masalah dalam pengajaran dan kumpulkan maklumat melalui teknik penilaian keperluan serta tuliskan pernyataan permasalahan.Melalui analisa tugas, kumpulkan lagi maklumat tentang standart prestasi dan kemahiran. Kemudian buatkan analisis pengajaran untuk untuk mengenalpasti keperluan masa depan
Tuliskan objektif tingkah laku dan buatkan ujian criterion-referenced untuk disesuaikan dengan objektif.

Langkah 2. Tentukan strategi pengajaran atau komponen seperti persembahan atau keadaan latihan.Pilih kaedah atau media untuk disesuaikan dengan keadaan itu. Rancangkan penghasilan bahan dan program. Buat pemantauan untuk mempastikan keberkesanan projek.

Langkah 3. Rancang strategi penilaian Formatif. Bersedia untuk memungut data berkenaan pencapaian objektif. Ulang semula langkah-langkah ini untuk melihat kemantapan projek dan membuat penilaian semula. Rancang proses pelaksanaan dan sediakan program baik pulih.

Langkah 4. Lakukan penilaian sumatif.

Langkah 5. Bersiap sedia untuk menyebarkan perubahan-perubahan baru yang telah anda perolehi.
Dalam model Dick & Carey (1979) terdapat sembilan langkah dalam mereka bentuk pengajaran. Tiap-tiap langkah akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output kepada langkah seterusnya. Tiap-tiap komponen dalam modul akan bekerjasama untuk menghasilkan sistem pengajaran yang berkesan. Model ini mengandungi komponen penilaian untuk membantu guru menentukan apa dan cara model ini boleh dibaiki jika terdapat kelemahan. Komponen penilaian sumatif tidak dimasukkan sebagai salah satu dalam model ini.
 

Model 2: Reka Bentuk Pengajaran Dick & Carey
 

Langkah 1. Kenal pasti matlamat pengajaran.

Matlamat pengajaran boleh didapati daripada senarai matlamat pengajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.

Langkah 2. Buat analisis pengajaran.

Matlamat pengajaran akan dianalisis untuk mengenal pasti kemahiran subordinat dan prosedur yang perlu diikuti untuk mempelajari sesuatu proses.

Langkah 3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar.

Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaiatan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran.

Langkah 4. Tulis objektif prestasi.

Objektif yang harus dikenal pasti ialah objektif subordinat yang akan membantu mencapai objektif terminal dan seterusnya matlamat pengajaran.

Langkah 5. Bina item ujian rujukan kreteria.

Item ujian akan mengukur sama ada pelajar boleh atau tidak menguasai kemahiran/pengetahuan yang ditetapkan dalam objektif pengajaran.

Langkah 6. Bina strategi pengajaran.

Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif terminal.
Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan.

Langkah 7. Bina atau pilih bahan pengajaran.

Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.

Langkah 8. Penilaian formatif.

Setelah selesai deraf awal pengajaran, langkah berikut ialah menjalankan beberapa siri penilaian untuk mengumpul data yang boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran. Tiga jenis penilaian formatif iaitu penilaian individu, penilaian kumpulan kecil penilaian luar juga boleh digunakan.

Langkah 9. Semak semula pengajaran.

Data yang diperolehi daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang mungkin terdapat pada mana-mana langkah reka bentuk yang boleh menjejaskan pencapaian objektif pengajaran.
 

                Model 3: Reka Bentuk Pengajaran Dick and Reisser.

Ciri-ciri model ID berorentasikan bilik darjah adalah adalah perancangan yang disediakan oleh guru sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Terdapat 8 langkah dalam model yang disediakan oleh Dick and Reiser.

Langkah 1. Tentukan Matlamat .

Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

  Langkah 2. Tulis Objektif.

Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat pendidikan. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kreteria yang mesti dicapai oleh pelajar.

Langkah 3. Analisis Ciri Pelajar.

Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar adalah melalui ujian yang dilakukan supaya dapat membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berlainan.

Langkah 4. Bina Ujian.

Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif. Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan mutu pengajaran yang telah disampaikan.

Langkah 5. Memilih Buku Teks.

Kreteria yang digunakan untuk pemilihan buku teks ialah dalam bidang kandungan, persembahan, reka bentuk pengajaran dan penggunaan di dalam bilik darjah. Ianya memberikan kedua-dua maklumat berangka dan kualitif untuk memilih dan menggunakan teks di sekolah.

Langkah 6. Bina Aktiviti Pengajaran.

Suatu pelan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan pelan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajara mencapai objektif yang tertentu.

 Langkah 7. Memilih Media Pengajaran.

Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar . Ianya bertujuan untuk membantu mencapai objektf pelajaran.

Langkah 8. Melaksanakan Pengajaran.

Dalam melaksanakan pengajaran, ianya hendaklah dimulakan dengan mengenal pasti satu set objektif yang khusus, membangunkan satu set butiran ujian yang direka bentuk untuk mengukur pencapaian perilaku yang khusus di dalam objektif dan merekabentukkan tahap prestasi yang mesti dicapai oleh pelajar.

Langkah 9. Menyemak Pengajaran.

Penyemakan objektif hendaklah dilakukan melalui pemerhatian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan pengajaran. Hasil dari pemerhatian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid.

Dua Pakar Dalam Bidang Reka Bentuk Pengajaran (Instructional Design)

Walter Dick. Beliau telah berjaya mengarang sebuah buku yang berjudul "Planning Effective Instruction" bersama R. A. Reiser. Buku ini telah disunting dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Abdul Rahim Mohd Saad. Buku terjemahan ini berjodol "Merancang Pengajaran Yang Efektif" yang diterjemah melalui Unit Terjemahan Melalui Komputer.

Di antara buku karangan beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk "The Systematic Design of Instruction" yang dikarang bersama L.M. Carey
.
 Beliau telah mengarang buku yang berjudul "Principile Of Instructional Desin" Buku ini dikarang bersama-sama Leslie J. Brigg dan Walter W. Wager. Dalam buku tersebut, Teori Instructional Gagne’s telah memperkenalkan tiga elemen penting mengenai;

[Guru][RekaBentuk Pengajaran][Teknologi Pendidikan][Internet]
[Teman][Sajak][Guide Book][Midi Guide]