|
PERUTUSAN
SIBER |
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LOKASI
Ia terletak di atas tapak seluas 40.25 ekar.
SEJARAH PERKEMBANGAN SMTM Sekolah Menengah Tengku Mahmud atau ringkasnya SMTM telah diasaskan dalam tahun 1954. Ia adalah hasil daripada desakan penduduk-penduduk Besut yang inginkan pendidikan Inggeris bagi anak-anak mereka. Dalam tahun 1953, beberapa orang wakil penduduk daerah Besut telah menemui pegawai pentadbir Besut, Encik Abdul Rahman bin Mat bagi membincangkan hasrat mereka untuk membina sebuah sekolah Inggeris. Satu kempen memungut derma untuk pembinaan sekolah dilancarkan. Salah seorang daripada wakil, Allahyarham Dato' Bentara Luar, Encik Ismail bin Yusof (JP) berjaya mendapatkan sebidang tanah di kampung Alor Lintang. Encik Abdul Rahman pula berusaha untuk mendapatkan kebenaran dan peruntukan dari pihak atasan. Segala usaha membuahkan hasil dan pada 9 Januari 1954 terasaslah Sekolah Menengah Tengku Mahmud. Seramai 40 orang murid dipilih untuk memasuki darjah satu. Cik Fatimah Ahmad, seorang guru lepasan Maktab Perguruan Kirby, England dilantik menjadi guru besar pertama. Beliau dibantu oleh seorang guru penolong, Cik Faridah Akmal bt. Abdul Rani dan seorang tukang kebun. Pada mulanya murid-murid SMTM menumpang di Sekolah Pertukangan Besut dan hanya dalam bulan Ogos 1955 barulah siap sebuah bangunan kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat kecil. Pada 14 Ogos 1954, upacara pembukaan rasmi Sekolah Menengah Tengku Mahmud dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan diiringi oleh Yang Dipertuan Muda, Tengku Mahmud. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu, Mr. A. Halliday, Pegawai Daerah Besut, M.I.M. Edye, pembesar-pembesar negeri dan juga ibu bapa. Bersempena upacara ini, nama sekolah telah diubah dari 'Besut Government English School kepada Sekolah Menengah Tengku Mahmud sempena nama peribadi Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda ketika itu. Kelahiran Sekolah Menengah Tengku Mahmud bukan sahaja merupakan sekolah Inggeris pertama tetapi juga sebagai anak tangga pertama ke arah pendidikan peringkat menengah di daerah Besut.
SEJARAH PERKEMBANGAN Perkembangan Fizikal (bangunan) 1954 - Bangunan pertama
siap. Bangunan kayu terdiri dari tiga bilik darjah,
sebuah bilik guru dan sebuah
pejabat. 1957 - Dua buah blok Sekolah
Menengah siap dibina. (BLOK A &
BLOK B). 1960 - Bangunan untuk
Sekolah Menengah (BLOK E) dan Asrama Putera
siap dibina. 1961 - Bangunan Makmal Sains
siap dibina (BLOK H). 1963 - Bangunan 2 tingakat
untuk bilik darjah dan pejabat siap dibina
(BLOK G). 1967 - Bangunan tambahan 2
tingkat siap dibina untuk bilik Masakan dan jahitan
dan beberapa buah kelas
(BLOK J). 1979 - Bangunan 2 tingkat
untuk Makmal Sains Tulin dan Perpustakaan siap
dibina (BLOK D). 1987 - Surai siap
dibina. 1989 - Bangunan KBSM siap
dibina (BLOK J) 1990 - Dewan terbuka siap
dibina. 1991 - Bangunan baru 3
tingkat siap dibina
(BLOK P) 1992 - Pondok jaga siap
dibina. 1993 - Balai Serbaguna siap
dibina. Balai ini merupakan sumbangan Dato' Dr.
Yusof bin Mohd Noor. 1994 - Bangunan Dewan
Fatimah siap dibina. - Mercu tanda Sambutan
40 tahun siap dibina sempena sambutan 40 tahun
SMKTM. 1996 - Perletakan batu asas
masjid SMK Tengku Mahmud disempurnakan oleh Tuan
Guru Ustaz Haji Ismail Haji Abdullah pada 9 Januari
1996. 1997 - Masjid baru SMK
Tengku Mahmud siap sepenuhnya. Acara naik masjid
disempurnakan oleh Ustaz Haji Abdul Rahman pada 19
Oktober 1997. 1999 - Bangunan tambahan
baru tingkatan satu dan dua siap dibina memuatkan 3
kelas. 2000 - Kantin baru SMKTM
yang menelan belanja RM 80 ribu siap dibina dengan
kantin yang lebih luas dan selesa bagi menggantikan
kantin lama yang amat kecil dan lebih berbentuk
tuck shop. PERISTIWA BERSEJARAH 1954-1999
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||