LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ MTE ANTARA SEKOLAH 2001
1.0 MAKLUMAT AM.
1.1 Kuiz MTE Antara Sekolah 2001 telah diadakan pada 28 April 2001 di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa.
1.2 Objektif untuk mengadakan Pertandingan Kuiz MTE Antara Sekolah 2001:
a) memberi peluang kepada para peserta untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
b) mengeratkan hubungan antara wakil-wakil Majlis/Kelab/Persatuan Tingkatan Enam sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan.
c) memberi peluang kepada para pelajar Tingkatan Enam untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat.
1.3 Semua tugasan yang telah dirancang berjaya dilaksanakan atas kerjasama semua ahli MTE dan pelbagai pihak yang terlibat.
1.4 Pertandingan Kuiz MTE Antara Sekolah 2001 ini adalah suatu aktiviti di bawah pelaksaanaan Majlis Tingkatan Enam SMK Taman Desa yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah namanya.
1.5 Berikut ialah senarai ahli-ahli jawatankuasa Pertandingan Kuiz MTE antara Sekolah 2001 yang telah dipilih oleh MTE dalam Mesyuarat Agung MTE 2001.
Pengerusi : Lum Chun Hoong
Naib Pengerusi : Tan Hui Kin
Setiausaha : Gan Yen Kuan
Bendahari : Lee Sau Yong
Emcee : Choon Khah Leang
: Chong Siew Kim
Ketua Soalan : Aaron Chee
Ketua Perhiasan : Toh Swee Hiang
Ketua Jamuan : Soo Ren Chang
Ketua P.R : Ong Yueh Huey
2.0 Pencapaian dan kelemahan
- Perhiasan dewan dan pentas mendapat kepujian daripada para hadirin
- Upacara perasmian dijalankan dengan lancar. Penggunaan iringan muzik yang sesuai telah memeriahkan upacara.
- Juruacara menjalankan tugas dengan baik dan dapat mengawal keadaan dalam dewan.
- Pertandingan ini mendapat sambutan yang hangat daripada Majlis/Kelab/Persatuan Tingkatan Enam sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan. Terdapat 8 buah sekolah yang menghantar 31 pasukan untuk mengambil bahagian.
- Makanan yang disediakan di jamuan memuaskan
- Soalan kuiz yang disediakan amat memuaskan kerana soalan-soalan adalah mencabar dan di luar jangkaan para peserta.
- Jangka masa pertandingan terlalu panjang
3.0 Kesimpulan
Secara amnya, pertandingan kuiz ini telah berjaya diadakan. Segala perbelanjaan dalam projek ini diperuntukkan oleh MTE sendiri tanpa memerlukan wang derma daripada pihak lain. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua, Pn. Ong Guan Siew kerana memberi kebenaran kepada kami untuk melaksanakan projek ini. Kerjasama antara semua ahli MTE dan tunjuk ajar Guru Penasihat MTE, Pn. Cheong Keat Mooi juga amat dihargai.
4.0 Keputusan Pertandingan
Daripada 31 pasukan, 6 pasukan berjaya memasuki peringkat 2 iaitu :
| KUMPULAN | PESERTA | SEKOLAH | MARKAH |
| 8 | WONG LIT REAN; CHONG HOONG YET | SMJK KATHOLIK | 65 |
| 5 | HO TING KHEE; CHOONG KAH LAI | SMK ST. JOHN | 63 |
| 6 | NG MIN LI; TAN YINN CHOW | SMK ST. JOHN | 63 |
| 22 | KAREN NG LEE PENG; PONG LOONG SEAN | SMK LA SALLE | 60 |
| 21 | LEELA A/P RAMAN; WONG WEI KITT | SMK VICTORIA | 59 |
| 12 | LOI CHIA CHUN; NG YOONG LIN | SMK(L) METHODIST | 58 |
4 pasukan yang berjaya memasuki peringkat 3 ialah :
| KUMPULAN | PESERTA | SEKOLAH |
| 6 | NG MIN LI; TAN YINN CHOW | SMK ST. JOHN |
| 8 | WONG LIT REAN; CHONG HOONG YET | SMJK KATHOLIK |
| 12 | LOI CHIA CHUN; NG YOONG LIN | SMK(L) METHODIST |
| 21 | LEELA A/P RAMAN; WONG WEI KITT | SMK VICTORIA |
Keputusan peringkat akhir :
| KUMPULAN | PESERTA | SEKOLAH | |
| JOHAN | 12 | LOI CHIA CHUN; NG YOONG LIN | SMK(L) METHODIST |
| NAIB JOHAN | 21 | LEELA A/P RAMAN; WONG WEI KITT | SMK VICTORIA |
| KETIGA | 8 | WONG LIT REAN; CHONG HOONG YET | SMJK KATHOLIK |