BAB 1  

Tanah Arab Sebelum Kedatangan Islam  
  

Secara ringkasnya, tanah Arab sebelum kedatangan Islam mempunyai tahap yang mundur dari segi nilai-nilai etika adab, hukum-hukum akidah, dan juga kepercayaan. Zaman ini dikenali sebagai zaman “Jahiliah” yang bermaksud zaman kebodohan.  

Disini kita lihat satu persatu, bagaimanakah yang dikatakan sebagai zaman Jalihiah atau pun bodoh. Dari sudut kepercayaan agama, masyarakat Arab ini menyembah pelbagai agama yang mereka anuti. Ada pelbagai bentuk penyembahan yang mereka lakukan,ada yang menyembah kepada berhala, menyembah cakerawala, menyembah jin,malaikat,dewa-dewa, menyembah api, mengikut agama Yahudi-Kristian, dan ada juga yang mengikut agama Hanif. Boleh dikatakan, agama yang mereka anuti itu mempunyai unsur-unsur syirik dan bertentangan sama sekali dengan akal pemikiran manusia.  

Begitu juga dengan kepercayaan adat iaitu kepercayaan kepada adat kebiasaan hidup (sunnah) mereka. Antara kepercayaan karut mereka seperti Tasa’um (sangkaduka) dan Tafa’ul (sangkasuka) yang mana sesuatu itu berlaku sama ada baik atau pun buruk bergantung pada keadaan sekeliling. Begitu juga mereka amat mempercayai kepada tenung dan tilik nasib. Ini biasanya dibuat oleh tukang-tukang tilik dan nujum. Ia dilakukan dengan berbagai-bagai cara seperti dengan menggunakan anak panah. Ini digambarkan didalam Al-Quran iaitu  Surah 5,ayat 90. Firman Allah S.W.T  :  
  
  
Dalam kepercayaan mereka juga, mereka mengatakan bahawa anak perempuan itu membawa sial dan malu kepada keluarga.  Dengan itu mereka membunuh anak-anak perempuanyang dilahirkan dengan ditanam hidup-hidup, ini diceritakan didalam al-Quran Surah 16 Ayat 58-59 iaitu  :  
  
  
Begitu juga dengan kepercayaan-kepercayaan lain seperti percaya kepada tangkal azimat dan juga kepercayaan kepada ahli sihir.  Hanya sebilangan kecil sahaja yang menganuti Agama Hanif iaitu ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S.  
  
Dari ciri-ciri sosial pula,jika dilihat dari sudut akhlat, mereka mempunyai akhlat yang buruk seperti melakukan zina,merompak, membunuh, mencaci,fitnah dan hasad dengki, berjudi,minum arak dan sebagainya. Boleh dikatakan akhlat mereka pada zaman tersebut begitu teruk sekali hinggakan mereka menjadikan lelaki sesama lelaki sebagai tempat untuk memuaskan nafsu. Kehidupan mereka juga bergantung kepada siapakah yang lebih kuat di kalangan mereka, siapa  yang kuat dialah ketua dan berhak merampas apa sahaja.  

Mereka hidup secara berpuak-puak yang mana membentuk satu kabilah. Satu-satu kabilah ini wujudnya pertalian darah atau pun satu keturunan.  Mereka begitu taasub kepada kabilah hinggakan apa-apa yang dilakukan oleh kabilah mereka semuanya betul walau pun secara terang-terangan ianya menyalahi dan merampas hak orang lain.  Di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain, mereka bermusuhan dan saling berlaku rampas merampas dan rompakan.  Dengan kehidupan mereka inilah, yang mewujudkan peperangan yang besar diantara kabilah yang mana kadang-kadangnya berlarutan bertahun-tahun.  

Kerana kehidupan mereka yang buruk inilah, maka Allah S.W.T telah mengutuskan seorang Rasul dari kalangan mereka untuk merubah corak hidup, memperbetuli akidah mereka dan menerangi alam dengan ajaran dari Allah kepada seluruh makhluk yang ada diatas muka bumi ini. Firman Allah Taala   :  
  
Begitu juga Firman Allah Taala yang lain  :  
  
  
Dengan itu jelaslah kenapa Allah Taala mengutuskan Rasul, iaitu untuk mengubah tamadun manusia yang buruk supaya tidak terus berlarutan dan menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan manusia kelak.  Tamadun dan sejarah manusia tidak akan berubah jika Allah Taala tidak menurunkan rahmat-Nya untuk merubah alam ini dengan rahmat Islam.  
  
  
  
Tahun. 
Masihi. 
 
Kronologi Kepimpinan 
  
 
613. 
 
 
 
 
617. 
620. 
 
621. 
622. 
 
 
 
624. 
 
625. 
627. 
628. 
 
629. 
630. 
 
631. 
632. 
 
 
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
43 tahun. Mula menyebarkan Islam secara terbuka. Baginda dicerca oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab.  
Penentangan kaum Quraish bermula.47 tahun. Seluruh umat Islam dan anggota Bani Hasyim dipulaukan.  

50 tahun. Pemulauan berakhir.  
Isteri dan bapa saudara Baginda meninggal dunia.  
Nabi menyebarkan Islam di Taif tetapi gagal.  
Peristiwa baginda diangkat ke langit. Ikrar Akobah yang pertama.  

52 tahun. Ikrar akobah yang kedua.  
Kaum Quraish merancang untuk membunuh nabi.  
Nabi berhijrah ke Madinah.  
Baginda membina Masjid Nabawi di Madinah. Nabi mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar.  

54 tahun. Meletus peperangan Badar di lembah Badar.Orang Islam seramai 313 orang dan orang Quraish seramai 1,000 orang.  
Arah kiblat di tukar kearah Masjid al-Haram.  

55 tahun. Meletus peperangan Uhud.Umat Islam seramai 700 orang dengan 3000 tentera Quraish. Bapa saudara baginda mati syahaid (Hamzah).  

57 tahun. Tentera Ahzab seramai 10,000 orang telah menyerang Madinah.  

58 tahun. Umat Islam seramai 1,500 orang bersama Rasulullah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji.  
Perjanjian Hudaibiah ditandatangani.  

59 tahun. Umat Islam telah mengalahkan kaum Yahudi dalam peperangan Khaibar.  

61 tahun. Pernaklukan kota Mekah tanpa pertumpahan darah.  
Perang Hunain berlaku.  
Perang Taif. Sambungan dari peperangan Taif.  

62 tahun. Peperangan Tabuk.  
12 Rabiulawwal 11 hijrah. Nabi Muhammad S.A.W wafat semasa berumur 63 tahun iaitu setelah 23 tahun menyebarkan Islam.  
  

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

RUMUSAN DARI PENGAJARAN (INFRENS) KEPIMPINAN  
RASULULLAH S.A.W.  

1. Sejarah hidup dan juga kepimpinan Rasulullah merupakan sesuatu yang amat besar erti dalam Islam.Nabi merupakan seorang yang cekal,berani,sanggup menempuh berbagai rintangan demi menegakkan perintah Allah Taala. Semangat yang ada pada Nabi merupakan suatu contoh kepada seluruh umat Islam kini dalam menyebar dan memperkembang luaskan Islam.  

2. Dalam apa-apa perlakuan Nabi,Nabi merupakan suatu contoh yang ditunjukkan oleh Allah dalam sejarahnya. Kepimpinan Nabi dan apa-apa yang dilakukan oleh Nabi merupakan samada perkataan,perbuatan,dan juga takrir Rasulullah merupakan suatu bahan rujukan. Keperibadian dan apa-apa yang ada pada Nabi merupaka suatu sunnah,lebih-lebih lagi dalam aspek pentadbiran. Dalam keadaan negara kini,sepatutnya para pemimpin menjdikan Rasulullah melalui sirahnya dan kepimpinannya sebagai contoh dan rujukan dalam menjalankan dan menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran. Nabi merupakan manusia agung yang dilantik oleh Allah sebagai contoh dalam apa-apa hal.  

3. Sejarah Rasulullah merupakan suatu kesedaran kepada kita,iaitu bukannya senang untuk mencapai sesuatu pekara dalam suatu masa yang singkat. Bagi pelajar,kesabaran dan juga ketekunan yang ada pada diri Rasulullah hendaklah disemai seutuhnya.Kita boleh menjadikan Rasulullah sebagai bahan motivasi dalam apa-apa hal. Sebagai contohnya “Kecekalan yang ada pada diri Rasulullah membuahkan hasil selepasnya”. Begitu juga semangat perjuangan yang ada pada  Rasulullah,dijadikan juga kepada kita golongan pelajar suatu perjuangan untuk mencapai cita-cita kita dan dengan secara tidak langsung kita telah menaikkan taraf Islam.  
  
  

Penutup.  

 Rasulullah sebelum wafatnya telah berjaya menunaikan dua tugas yang penting, iaitu tugas yang pertamanya sebagai pesuruh Allah, menyampaikan segala undang-undang dan syariat-Nya kepada umat Islam.  Manakala tugas yang keduanya pula ialah sebagai pemimpin umat manusia dengan memberi panduan-panduan kejalan yang benar dan menyelesaiakan  masalah-masalah mereka mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Allah ( tugas ini yang terpaksa dipikul oleh khalifah dan pemimpin-pemimpin Islam selepasnya ).  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
  

BAB 3  

Khulafa’ Ar Rasyidin  
  
  

Pengenalan.  
  

Khalifah membawa maksud pengganti, kemudian ia digunakan kepada jawatan ketua umum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal-ehwal agama selepas Rasulullah. Kerana itu kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya adalah sama sahaja seperti taraf Rasulullah. Setiap orang hendaklah patuh kepada segala perintahnya.  

Ada empat orang khalifah yang memerintah negara Islam yang berpusat di Kota Madinah selepas Rasulullah. Mereka ialah  :  

  • Khalifah Abu Bakar.
  • Khalifah Omar Al-Khattab.
  • Khalifah Osman Affan.
  • Khalifah  Ali  Abi Thalib.
Bukan semua orang layak untuk menjadi khalifah, Mengikut  al-Mawardi  dalam kitabnya  al-Hakam al-Sultanyyah mengariskan syarat-syarat untuk menjadi seorang khalifah ialah : 

1. Mestilah ia seorang lelaki yang merdeka dan beragama Islam.  
2. Berilmu,iaitu mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.  
3. Adil,iaitu seseorang itu hendaklah beristiqamah dalam akhlak Islam dan tingkah lakunya adalah baik dan menjauhi maksiat baik dari segi hukum syarak mahu pun dari segi akidah.  
4. Berkemampuan, iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang. Di samping itu ia juga mesti boleh dan tahu mengenai ilmu peperangan, boleh menjadi panglima perang serta mempunyai fikiran yang cerdas,pandai mentadbir urusan-urusan negara dan rakyat.  
5. Pancainderanya serta anggota tubuh badannya tidak mempunyai kecacatan yang boleh menggangu pemikiran dan juga tugas-tugasnya.  
 
 
 
 
  

Khalifah Abu Bakar As-Sidiq  
( 11-13 H /.632-634 M ).  
  

Pengenalan.  
  

Khalifah Abu Bakar merupakan orang yang pertama sekali dilantik menjadi khalifah Islam sesudah Kewafatan Rasulullah S.A.W.  
  
  

Sirah Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.  

 Abu Bakar dilahirkan di Kota Mekah dua tahun selepas tahun gajah iaitu pada tahun 573 Masihi. Nama beliau sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah at-Tamimi dari keturunan Bani Tamim. Sebelum Islam beliau terkenal dengan nama  Abdul Kaabah.  

Sejak kecil lagi beliau mempunyai peribadi yang mulia,tidak pernah minum arak tidak pernah berjudi dan tidak pernah juga terlibat dalam kancah Jahiliah seperti mana pemuda-pemuda Arab yang lain. Beliau juga pernah menjadi pemimpin yang terkemuka dikalangan bangsa Arab menyebabkan beliau disegani dan disanjungi.Beliau juga terkenal sebagai seorang bangsawan lagi dermawan. Sebelum memeluk Islam,beliau merupakan seorang saudagar yang kaya. Perniagaannya meluas meliputi semua kawasan-kawasan di Tanah Arab. 

Apabila lahirnya agama Islam di Mekah,beliau telah memeluk Islam dan merupakan orang yang kedua memeluk Islam selepas Siti Khadijah,isteri Rasulullah. Beliau merupakan seorang yang paling dekat dengan Rasulullah dan juga sebagai mertua Rasulullah kerana perkahwinan baginda dengan Siti Aisyah. Setelah memeluk Islam,beliau terkenal dengan panggilan as-Sidiq kerana kepercayaan yang ditunjukkan kepada baginda mengenai Isra’ dan Mikraj dan segala peristiwa yang berlaku keatas baginda.  

Setelah memeluk Islam,beliau memainkan peranan yang penting dalam penyebaran dalam perkembangan Islam pelindung Baginda dari ancaman orang-orang Quraish. Umpamanya semasa baginda berhijrah ke Madinah,beliau sanggup bersembunyi bersama-sama baginda dan mengawal baginda dalam perjalanan. Begitu juga semasa Rasulullah sedang uzur,beliaulah yang mengetuai umat Islam dalam apa juga pekara.  

Beliau juga mempunyai pengaruh yang amat besar kepada masyarakat Quraish. Ramai dari kalangan sahabat-sahabat yang terkemuka memeluk Islam melalui usaha beliau,ini seperti Uthman b. Affan, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. abi Waqas, talhah b. Ubaidillah dan lain-lain lagi.  

Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau banyak memberi sumbangan terhadap agama Islam,yang mana dengan usahanya itu, Islam dapat tegak dengan kukuhnya. Khalifah Abu Bakar as-Sidiq memerintah selama dua tahun dua bulan dan sepuluh hari. Beliau wafat pada Malam Selasa,23 hari bulan Jamadil-akhir tahun Hijrah yang ke-13,bersamaan dengan 22 hb. Ogos 634 M.Pada masa itu beliau berusia 63 tahun. Ini disebabkan kerana beliau mengidap selsema selama 15 hari.  Beliau di makamkan berhampiran dengan kubur nabi iaitu di Madinah.  
 
 
  

Kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.  
  

1. Pekara pertama yang dilakukan oleh Abu Bakar setelah dilantik menjadi khalifah ialah,menjelaskan tentang kewafatan Rasulullah S.A.W kepada orang-orang Islam.Ramai dari kalangan orang Islam yang tidak mempercayai mengenai berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuklah Umar al-Khatab sendiri. Setelah Abu Bakar membacakan ayat al-Quran Surah Ali-Imran :14 iaitu  :  
  
barulah mereka mempercayainya.  
  

2. Setelah selesai masalah tersebut, maka timbul pula masalah baru iaitu, dimanakah nabi Muhammad S.A.W mahu dikebumikan. Orang Muhajirin mencadangkan supaya di kebumikan di Mekkah manakala orang-orang Ansar pula mahukan ianya dikebumikan di Madinah. Ada juga dari kalangan para sahabat yang lain mencadangkan supaya dikebumikan bersama-sama dengan para sahabat yang telah Masalah ini selesai apabila Saidina Abu Bakar membacakan hadis yang bererti  “Dengan itu maka mawat Nabi S.A.W pun dikebumikan di tempat Baginda wafat dalam rumahnya itu”.mati terdahulu.  

3. Menyelesaikan masalah perlantikan khalifah. Rasulullah tidak menentukan siapakah yang bakal menjadi khalifah selepas kewafatannya. Baginda juga tidak menyebut secara jelas daripada golongan mana dan cara mana untuk menentukan penggantinya. Oleh itu timbullah masalah perlantikan khalifah. Maka disini timbullah satu masalah besar selepas kewafatan Nabi iaitu siapakah yang bakal dilantik menjadi khalifah.Segolongan besar kaum Ansor yang cenderung kepada Sa’ad b. Ubadah berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk melantik Sa’ad b. Ubadah (yang ketika itu deman).Abu Bakar, Umar,Ubaidah al-Jarrah dan beberapa orang sahabat pun pergi ke perhimpunan kaum Ansar tersebut, sebaik sahaja mereka mengetahui maksud dan tujuan perhimpunan itu diadakan. Kaum ansar bersungguh-sungguh mahukan jawatan khalifah diberikan kepada mereka dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam, kaum Muhajirin adalah sebilangan kecil daripada mereka dan berada di dalam keadaan merantau serta menumpang di Madinah. Abu Bakar dengan bijaksananya terus memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya. Alasannya ialah, jika jawatan khalifah diberikan kepada Sa’ad b. Ubadah, tentunya ia akan menimbulkan perselisihan lama antara kaum Khazraj dengan Aus. Jadi jawatan khalifah sepatutnya diberikan kepada kaum Muhajirin dari keturunan Quraish,ini kerana kaum Quraish terkenal sebagai pemimpin. Abu Bakar tidak meminta jawatan,sehinggalah beliau dilantik memegangnya,inilah kepimpinannya Jadi beliau telah melantik Umar al-Khatab atau pun Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai khalifah. Umar al-Khatab segera bangun lalu mencadangkan supaya Abu Bakar dilantik menjadi khalifah kerana beliau telah pun dilantik oleh Rasulullah sebagai imam semasa kegeringannya. Cadangan tersebut disokong oleh sahabat-sahabat yang lain termasuklah kaum Ansar dan Muhajirin. Dengan itu krisis perlantikan khalifah telah dapat diselesai oleh Abu Bakar dengan kebijaksanaannya.  
  

4. Beliau mengariskan dasar kepimpinannya semasa dilantik menjadi khalifah. Ini merupakan cara saidina Abu Bakar menjalankan tugasnya,iaitu menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang terbaik dari kalangan mereka. Begitu juga beliau mengingatkan mereka supaya mengikutinya dalam apa-apa hal yang tidak bertentangan dengan Islam, dan beliau meminta orang ramai supaya membetulkannya jika beliau membuat kesilapan.Beliau menegaskan bahawa dia akan memberikan hak kepada mereka yang dizalami. Akhir sekali beliau mengingatkan kepada orang-orang Islam supaya mentaatinya selama mana beliau mentaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah dasar yang dibuat oleh seorang pemimpin yang baik. Dan inilah juga yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin pada masa kini.  
  
 
 
 
 
 
  

Khalifah Umar Al-Khattab.  
( 13-23 H/ 634-644 M ).  
  

Pengenalan.  

Khalifah Umar b. Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas khalifah Abu Bakar. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.  
  

Sirah Abu Bakar Al-Khatab.  

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khatab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab.  Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia,megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya.  Beliau merupakan seorang yang berani,tegas dalam kira bicara,berterus terang menyatakan fikirn dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.  

Syaidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerusulan Nabi. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam.Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat.  Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang dihadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam.  Beliau sendiri yang menjaganya daripada ganguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad S.A.W juga mengelarkannya sebagai  “Abu Hafs” kerana kegagahannya.  

Ketika berhijrah ke Mdinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi ,tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang ditangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.  

Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba,beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai.  

Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari,beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun23 Hijrah,waktu berumur 63 tahun. Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.  
  
  

Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab.  

Melakukan Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.  
 

  • Membentuk Majlis Syura. 
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.  
 Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan,Ali b. Abi Talib,Zaid b. Sabit,Abdul Rahman b. Auf,Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal.  Semua pekara yang melibatkan masalah politik,keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut.Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.  
 Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia  
yang tidak berfaedah.  
  • Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam. 
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih  pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.  

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik,mereka haruslah mengistiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Ini lah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.  
  
 

  • Khalifah Umar Al-Khattab memperbaharui undang-undang pentadbiran  tanah. 
 Perluasan kuasa Islam menuntut kepada khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir,Syria, Dan Iraq misalnya,segala, tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.  
 Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecualilah melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.  
  
 
  • Khalifah Umar melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi. 
 Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui  samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini di perbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.  
 Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.  
  
  

Khalifah Umar Melakukan Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.    

  • Melakukan polisi baru untuk golongan Dhimmi. 
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dhimmi dari Kufah dan 10 orang Dhimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah,bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.  
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas,malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.  
  
 
  • Memperbaharui taraf kedudukan hamba. 
 Golongan hamba pada masa itu telan diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas,mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa,kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisah-pisahkan dengan keluarga mereka.  
 Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh khalifah Umar. Sebagai contohnya Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yaang sakit.  
 
  • KhalifahUmar mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran. 
 Pelbagai langkah telah di lakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran.Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar keserata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan dimasjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam diseluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.  
 
  • Beliau mengadakan kemudahan-kemudahan lain. 
 Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam pemerintahannya,ini termasuklah :  
  
  
  

Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.  
 

  • Khalifah Umar telah memajukan sistem pertanian. 
 Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut  seperti Terusan Amirul-Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.  
 Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.  
  

Rumusan.  

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yaang banyak melakukan pembaharuan kepada negara Islam. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada Syaidina Uthman b. Affan. 
 
 
 
 
 
 
  

Khalifah Uthman B.Affan.  
( 23-35 H /644-656 M )  
  
  

Pengenalan.  

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.  
  

Sirah Khalifah Uthman B. Affan.  

Nama beliau sebenarnya ialah uthman b. Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad S.A.W berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.  
  
Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut,pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab.sehingga beliau digelarkan dengan gelaran  “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau baanyak mendermakan hartanya kearah kepentingan agama  Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta,50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Syaidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.  
  
Beliau digelarkan sebagai “Zu-Nurain” yang bermaksud dua cahaya kerana mengahwani dua orang puteri Rasulullah iaitu Rokiah dan Ummi Kalthom. Setelah Rokiah meninggal dunia , baginda Rasulullah telah mengahwinkan beliau  dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin seramai 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah bt. Furaifisha.  

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian kkalifah Umar yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab.  

 Beliau telah mati di bunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya pada tahun 35 Hijrah bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun yang mana ianya merupakan pemerintah yang terlama sekali dalam pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin.  
 
 
 
  

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran  
Khalifah Uthman B. Affan.  
  
Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman huru hara.  

  
Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam.  

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembang luaskan Islam.  Ini termasuklah kejayaannya dalam bidang :  

1. Kejayaan Khalifah Uthman Dalam Bidang Ketenteraan.  
Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria,Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.  Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negar-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.  

2. Melakukan Pembukuan Al-Quran.  
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.  
Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran ini lah yang digunakan hingga kehari ini yang man ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.  

3. Beliau Telah Membesarkan Masjid Nabawi.  
Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi diluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.  

4. Usaha Khalifah Uthman Dalam Menyebarkan Dakwah Islam.  
Khalifah Uthman sering berdakwah dipenjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.  
  
  
 
 
 
  

Khalifah Ali Bin Abi Talib.  
( 35-40 H / 656-661 M )  
  
  

Pengenalan.  

Khalifah Ali merupakan khalifah Islam yang ke empat dalam pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Perlantikan khalifah Ali adalah dari persetujuan ramai melalui majlis revolusi.  
  

Sirah Khalifah Ali b. Abi Talib.  

Nama beliau sebenarnya ialah Ali b. Abi Talib b. Abdul Mutalib b. Hasyim b. Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah. Syaidina Ali merupakan sepupu dan menantu baginda melalui perkahwinan Ali dengan Siti Fatimah, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Husain dan Hassan. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah di didik dirumah Rasulullah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri Jahiliah.  

Ali merupakan orang yang kuat dalam menyebarkan Islam. Semasa Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah,beliaulah orang yang menyamar dan tidur dikatil Rasulullah bagi mengelirukan musuh-musuh Islam.. Beliaulah yang menjadi juru tulis dalam perjanjian Hudaibiah. Beliau banyak menyertai peperangan dimasa Rasulullah, hampir kesemua peperangan kecualilah dalam peperangan Tabuk yang mana beliau dilantik menjadi pemangku jawatan Rasulullah di Madinah. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dalam bab-bab hukum Islam.  

Walau pun beliau tidak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah, beliau tidak menentangnya malah beliau tetap mengiktiraf khalifah-khalifah yang dilantik. Perlantikan Khalifah Ali berlainan sedikit dengan khalifah ar- Rasyidin yang lain,ini kerana perlantikannya hanyalah melalui majlis revolusi yang terdiri dari orang-orang biasa, bukan dari kalangan sahabat terkemuka.  

Setelah khalifah Uthman dibunuh,keadaan menjadi kucar-kacir dan kekecohan berlaku.  Untuk mengisi jawatan yang kosong,maka orang ramai telah melantik Ali sebagai khalifah. Syaidina Ali enggan menerima jawatan tersebut,tetapi memandangkan tidaka ada orang lain yang layak dan sanggup menghadapi ketegangan tersebut maka Syaidina Ali pun bersetuju. Perlantikannya mendapat penentangan dari sesetengah kalangan sahabat.  

Khalifah Ali mati pada tahun 40 H akibat ditikam oleh Abdul Rahman b. Maljan.  
 
 
  

Kepimpinan Khalifah Ali b. Abi Talib.  
  

Dasar kepimpinan Khalifah Ali b. Abi Talib.  

Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sulit bagi Khalifah Ali untuk menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali telah memecat jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan Bani Umawiyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Bani Umawiyah.  

 Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah menambahkan lagi semangat kebencian Bani Umawiyah terhadap Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.  

 Khalifah Ali juga telah memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah yang mana ianya telah menimbulkan kegelisahan rakyat terhadapnya. Akibatnya pada tahun 36 / 657 M berlakulah perang saudara yang dikenali sebagai Perang Jamal dan pada tahun 37 H / 658 M berlaku lagi peperangan saudara buat kali kedua yang dikenali sebagai Perang Sifin.  
  
Peperangan antara tentera Khalifah   Ali dengan tentera yang dipimpin oleh Talhah,Zubair dan Saidatina  Aisyah.  
  
Peperangan antara penyokong Khalifah Ali dengan penyokong Khalifah Uthman.  
  
  
  
  
 
  

BAB 4  

Khalifah Umar b. Abdul Aziz.  

Pengenalan.  

Latar belakang Bani Umaiyyah, nama Umaiyyah diambil semperna dengan nama moyang Muawiyah iaitu, Muawiyah b. abu Sufian b. Harb b.Umayyah b. Abu Syam b. Abdu Manaf, salah seorang pembesar Quraish yang dihormati ramai.di zaman Jahiliah.  

Zaman pemerintahan  Bani Umaiyyah ini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang mana antara tahap-tahap tersebut menampakan perbezaan yang ketara dari segi kepimpinan khalifah-khalifah yang ada dalam Bani Umaiyyah.  

Zaman pentadbiran Bani Umaiyyah ialah zaman yang menggunakan sistem Monarki yang mana sistem pentadbiran dikuasai secara turun temurun kepada ahli keluarga.  
 
  

Sirah Khalifah Umar Abdul Aziz  
( 99-101 H / 717-720 M )  
  
Beliau adalah salah seorang daripada keturunan Bani Umaiyyah. Nama sebenarnya ialah Abu Jaafar Umar b. Abdul Aziz b. Marwan b. Hakam. Ibunya ialah Laila bt. Asim b. Umar al-Khattab. Beliau adalah Bani Umaiyyah yang kelapan sesudah pemerintahan khalifah Sulaiman.  

Beliau pernah memegang jawatan gabenor Madinah selama 7 tahun pada masa pemerintahan Khalifah al-Walik b. Abdul Malik. Beliau dianggap sebagaai salah seorang yang alim dalam ilmu perundangan Islam dan Hadis dan pernah berguru kepada Imam Malik b. Anas,Urwah b. Zubair,Said b. Musaiyyad dan lain-lain lagi.  

Walaupun pada zaman mudanya beliau hidup dalam keadaan mewah tetapi setelah beliau memegang jawatan gabenor, cara hidupnya bertukar menjadi sebaliknya iaitu wara’ dan zuhud.  Beliau memegang jawatan khalifah setelah  dilantik oleh Khalifah Sulaiman kerana mengenangkan jasanya terhadap khalifah.  

Walau pun zaman pemerintahan khalifah Umar sangat singkat, namun beliau merupakan seorang khaalifah yang terkenal dan teragung selepas Khalifah Ar-Rasyidin. Pemerintahannya berbeza dengan khalifah Umaiayyah yang lain kerana banyak melakukan reformasi dalam berbagai-bagai bidang.  

Beliau wafat pada tahun 101 H dalam usia beliau 39 tahun iaitu sesudah memerintah selama 2 tahun 5 bulan.  
  
  
  

Kepimpinan Khalifah Umar B. Abdul Aziz.  

 Aspek Politik.  

1. Menentukan dasar pemerintahannya,mesti kembali kepada dasar politik Islam ( Al-Quran–As-Sunnah ) dan mengamalkan keadilan,kejujuran,,keamanan dan mengelakkan kemungkaran.  

2. Menentukan polisinya iaitu :  
? Menuntuk supaya ahli keluargannya hidup dalam keadaan zuhud dan soleh.Hidup sebagai seorang yang sederhana dalam semua hal dan menjauhi daripada bentuk kemewahan. Sebagai contohnya beliau tidak tinggal didalam istana yang dikhususkan kepadanya malah beliau tinggal dirumahnya sendiri. Kuda-kuda raja dijual dan wang tersebut diserahkan kepada Baitul-Mal. Beliau memerintah supaya isterinya menyerahkan kembali barang perhiasan yang diambil dahulu kepada kerajaan.  

? Menerapkan hubungan rakyat dengan pemerintah agar masalah dapat diselesaikan bersama. Beliau menghapuskan protokol,sekatan atau apa-apa syarat yang dikenakan kepada rakyat untuk berjumpa dengannya. Pegawai- pegawai kerajaan dan pengawal istana dihapuskan. Sistem ini menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. 

? Menukar polisi penaklukan. Penaklukan bukan lagi sebagai cara untuk meluaskan wilayah,malah cara yang terbaik ialah dengan melakukan dakwah. Khalifah-khalifah Muawiyah yang lain melakukan penaklukan hanya untuk mendapatkan harta keuntungan dunia sahaja.Khalifah Umar telah menukar kepada cara tabligh yang penuh dengan hikmah.  

? Melaksanakan polisi berbaik-baik. Beliau memberhentikan amalan mencaci Khalifah Ali di mimbar-mimbar masjid yang menjadi amalan sebelumnya.  

? Beliau juga telah memulangkan beberapa kawasan kebun kepada keluarga Ali yang dirampas dahulu.  Beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan golongan-golongan Khawarij.  

? Polisi terhadap orang-orang bukan Islam. Perdamaian dengan orang Kristian dan Yahudi.  
  
  

Aspek Sosial.  

1. Membentuk masyarakat yang sesuai dengan kehendak Islam. Dengan itu beliau telah menyamakan taraf antara orang-orang Arab dengan orang-orang bukan Arab.  Cukai yang dikenakan dari semua keturunan adalah sama . Pegawai kerajaan diarah supaya bertindak adil.  

2. Mengadakan rumah-rumah tumpangan (Dar al-Dhiyafah ) didaerah-daerah Islam sebagai tempat persinggahan para musafir.  

3. Menggalakan orang-orang ramai menghulurkan bantuan kepada orang-orang miskin. Beliau juga mengadakan bantuan khas bagi orang-orang cacat dan sakit.  
 

Bahan ini sebagai bahan sokongan sahaja, anda perlu merujuk kepada beberapa bahan sumber yang lain lagi bagi melengkapkan  pengetahuan anda. 

Ianya sedang diperkemaskinikan.