![]() |
|
Konsep
Pemulihan
Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6) Pendidikan
yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana
tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang
tidak bermasalah.
Koh Boh Boon (1982 :2) ? Pemulihan
adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki
kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang
lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).
Prinsip-Prinsip
Pendidikan Pemulihan
? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka. ? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil. ? Kurikulum yang diubahsuaikan. ? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken perinciannya. ? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah. ? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan. ? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian. ? Gunakan
banyak latih tubi dan tunjuk cara.
Pelaksanaan Program Pemulihan ? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati atau membuat ujian saringan. ? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik. ? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan untuk murid ? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan dan daya penyerapan murid. ? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai. ? Selepas
program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan
mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.
Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan ? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu. ? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala. ? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan ‘membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala ‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan pembaikan. ? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan di kalangan murid. ? Pencegahan
seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya pendidikan
imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya
dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.
Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Pekara Berikut. 1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat awal pembelajaran. 2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti. 3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus. 4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan. 5. Guru hendaklah
mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain
yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.
Rumusan dan Kesimpulan ® Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan. ® Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan. Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah. ® Aktiviti
pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan ditumpukan
kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-kemahiran asas.
Pendidikan
Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM
? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. ? Dalam suatu
tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasai sesuatu
kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar
KBSR dan KBSM,
Peranan Guru
Biasa Dalam Perlaksanaan
? Oleh itu
guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-kes
yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh
guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.
? sesi pemulihan kelas biasa. ? pengenalpastian pelajar . ? penganalisisan masalah. ? Perancangan. ? Pengajaran. ? Penilaian. ? tindakan
susulan.
1. Pengenalpastian
Pelajar
? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. ? Maklum balas
yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang
pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar
oleh guru.
2. Penganalisisan
Masalah
? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar. 3. Perancangan ? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti. ? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan 1. Pengajaran
pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar.
|