Ambon, Maluku 
Kebelakangan ini penindasan demi penindasan menimpa umat Islam, terutamanya di bumi bekas negara-negara komunis seperti Bosnia, Kosovo dan Chechnia. Akan tetapi, akhir-akhir ini berlaku pula sesuatu yang sangat menyayat hati apabila umat Islam dibunuh, disembelih; wanita-wanita Islam dirogol dan dicabul penghormatannya. Anak-anak kecil muslim, hidup dalam ketakutan selepas kehilangan kedua ibu dan bapa. Semua ini berlaku di bumi yang majoritinya umat Islam - malah dinegara yang paling ramai umat Islam di bumi Allah ini. Di Indonesia, jiran negara kita. 
Apabila pihak minoriti Kristian di Timur Timor menghadapi masalah, media-media barat lantas membesar-besarkannya dan pelbagai pihak menawarkan bantuan dalam segala bentuk sehingga akhirnya Timor Timur bebas dari Indonesia. Apa yang berlaku kepada umat Islam Acheh?. Kini penindasan ke atas umat Islam di Ambon mencapai satu tahap yang membimbangkan dan masih tidak ada apa-apa tindakan mahupun liputan media yang sewajarnya, sebaliknya sedikit sebanyak tindakan umat Islam dalam mempertahankan diri, diperbesarkan. 
Ikutilah berita umat Islam di Ambon, Maluku. Insha-Allah, akan dikemaskini selalu. 
Doakanlah kesejahteraan untuk saudara-saudara kita di Ambon Ya Allah! Kurniakanlah kesejahteraan, ketenangan dan kemenangan kepada saudara-saudara kami yang sedang berjuang pada Jalan-Mu di Maluku dan di mana-mana sahaja. 

 
 
Satu Gambaran Kehidupan Umat Islam di Maluku (Luahan Ketakutan Oleh Penganut Kristian) [BARU]


5 Januari 2000 - Pertempuran Maut di Susupu Malut; Ratusan Terkorban [BARU]

4 Januari 2000 – Halmahera; 2080 Umat Islam Terkorban [Detikcom-Jakarta] [BARU]

4 Januari 2000 – Penyembelihan Umat Islam di Utara Halmahera: Satu Tragedi Selepas Krismas Permulaan Abad ke-21. [BARU]

03 Januari 2000 - Kronologi Tragedi Berdarah Ramadhan di Tobelo, Utara Halmahera, di Wilayah Utara Maluku [BARU]

 
 

20/01/2000 Abu Aqeedah 
Mati Hanya Sekali, Jadikannya Pada Jalan Allah