Berita Dari Chechnya
Jumaat 17 Disember 1999.  Selamat Jalan Abu Abdullah ... Dalam Perjalananmu ke Syurga Yang Abadi
 
Tentera Rusia cuba mara dari arah Serghen-Yort menghala ke posisi Mujahideen. Tentera-tentera Allah berhadapan dengan mereka dan satu pertempuran sengit berlangsung di mana pihak Mujahideen mendapat kemenangan mutlak.  Para Mujahideen mengejar askar-askar Rusia sambil mennembak ke arah mereka sehingga pihak Mujahideen mencecah bahagian belakang barisan mereka.  Melihatkan keberanian dan kenekadan para Mujahideen terus mara, askar-askar Rusia lantas meletupkan sendiri peralatan mereka kerana takutkan pihak Mujahideen berjaya menawan bekalan peluru dan senjata mereka.  Kemudian, mereka melarikan diri mengikuti rakan-rakan mereka yang sejak awal melarikan diri dari medan pertempuran.

Menjelang malam, 3 kereta kebal mara dari Lembah Mudi ke arah Vedeno dan mula menembak ke arah posisi para Mujahideen, dibantu pula dengan pengeboman dari udara.  Dengan perlindungan tembakan ini, sebuah rejimen infantri Rusia mara dari arah lembah tersebut.  Apabila mereka menghadapi tentangan hebat dari para Mujahideen, mereka berpatah balik melarikan diri, dengan kehilangan beberapa orang askar serta peralatan.  Pihak Mujahideen berjaya menawan sebuah trak Tentera Rusia yang dipenuhi dengan peluru, bom, senapang dan lain-lain senjata ringan.  3 orang Mujahideen gugur Shaheed dalam operasi ini, salah seorang daripadanya dari kalangan Mujahideen Antarabangsa, Abu Abdullah, manakala 4 orang lagi cedera; kita mohon dari Allah SWT, moga mereka lekas sembuh.

Tentera Rusia cuba mara ke tanah tinggi di Timur Grozny, yang pada satu masa lalu dikuasai para Mujahideen.  Para Mujahideen mematahkan serangan ini dan berjaya memusnahkan 7 kenderan perang dan menawan sebuah lagi.

Pihak Rusia cuba mengambil kesempatan di bandar-bandar yang dikuasai mereka dengan meletakkan seorang daripada agen mereka sebagai ketua dan mendakwa bahawa dia telah dipilih oleh para penduduk bandar tersebut..

Pihak Rusia juga telah menyelitkan seorang daripada agen pembelot di kawasan yagn dikuasai Mujahideen.  Para Mujahideen berjaya mengenalpasti pembelot ini dan dia kini dipenjara di sebuah kawasan pergunungan dan menjadi teladan pada mana-mana pembelot yang mahu membantu musuh.

Tentera Rusia terus mengebom bandar-bandar pergunungan, meningkatkan kematian orang awam, bagi mengkaji pergerakan para Mujahideen.



18/12/99 Abu Aqeedah 
 Mati Hanya Sekali, Jadikannya Pada Jalan Allah