|
Kalau sesiapa yang berminat hendak turun demo di lain kali, sila pastikan
anda go thru checklist di bawah:
1. Pakai seluar panjang, jangan pakai kain; kalau pakai kain ada masalah sikit. 2. Betulkan niat dari rumah lagi, yang tujuan nak pergi demo itu ialah nak menyatakan rasa ketidakpuasan hati sebab Agama Allah dipermain-mainkan, bukan sebab nak pergi balun orang. 3. Tinggallah duit dapur kat orang rumah barang sedikit cukup untuk keperluan 7 hari, kalau ada kad ATM tu, tinggallah kat rumah in case kena tahan nanti. Ada seorang sahabat hari tu gusar tak habis masa dalam tahanan sebab beliau tinggalkan isterinya cuma dengan RM10 di tangan. 4. Untuk pekerja sektor swasta, pastikan cuti tahunan anda masih tinggal sekurang-kurangnya 7 hari baki. Tahanan reman selalunya adalah seminggu, Kalau yg masih ada cuti tahunan, boleh clear 7 hari semasa tahanan itu. Kalau tidak masalah sikit; harus diingat bahawa undang-undang (basic) buruh yg dipracticekan di sektor swasta menyatakan bahawa kalau sesiapa yg tak datang kerja 2 hari berturut-turut tanpa apa-apa notis/pemberitahuan, maka ia boleh dibuang kerja. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan sahabat-sahabat yg ditahan di Kg. Rawa itu telah menggunakan cuti tahunan mereka untuk cover 7 hari penahanan reman tersebut. 5. Untuk sektor kerajaan, tak pasti; tapi mengikut seorang sahabat pensyarah USM, kalau mereka ditahan walaupun 1 hari cuma, boleh dikenakan tindakan dsiplin termasuk buang kerja tanpa pencen dan benefit yg lain. 6. Jangan bawa senjata-senjata merbahaya kerana kalau ditahan boleh kena tahan lebih lama daripada tahanan reman. 7. Bila kena tahan (true story); bila disoal siasat, cakap bahawa tak datang atau tak join mana-mana group. Datang sendiri secara individu sebab curious. Seorang sahabat telah dibebaskan awal sebab beliau cakap tak join mana-mana kumpulan tak kiralah UMNO, PAS, ABIM, MSM, MISG, Pakida, Sendeng, Silat Pulat, Pondok itu, Pondok ini atau geng-geng mana sekalipun. 8. Semasa soal siasat, kalau ditanya dari mana, cakaplah tinggal di kawasan-kawasan berdekatan (walaupun IC orang Johor). Pandailah; cakaplah yang kamu tu tinggal dengan geng-geng bujang kat mana-mana, tengah cari kerja di kilang-kilang berdekatan, jual burger, bisness sendiri atau apa-apa. Majoriti yg ditahan lebih 7 hari baru-baru ini dengar khabarnya adalah dari luar Pulau Pinang. 9. Last sekali untuk yang hardcore, kalau nak buat apa-apa pun, tak payahlah buat waktu tengah demo tu sebab waktu itu SB, FRU dan polis bersepah. Tunggu lepas demo atau pada malam harinya...... Sekian. Wassalam
Panduan ini diterima dari sebuah 'mailing-list'. Nama pengirim ke 'mailing-list' tersebut dan penyumbang tidak disiarkan atas sebab-sebab tertentu. Sekiranya pegirim asal ingin nama beliau disertakan bersama atau ingin menambah apa-apa yang ada di sini, sila emailkan saya. 04/05/98 Abu Aqeedah Mati Hanya Sekali, Jadikannya Pada Jalan Allah |