P : 01

Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin
Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:
1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.
2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;
I ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai
mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
ii ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik
nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.
Pengirim Zamri Talib
P : 02
Petua : Penawar  Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Kini saya paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah menjalani pembedahan pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan.
Pengirim Sda
P : 03
Petua : Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan.Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
Pengirim Rizaleiza
P : 04
Petua : Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan  pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.
Pengirim Maziah
P : 05
Petua : Hilangkan bau Durian ditangan
Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di dalam paksa durian dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan anda ke dalamnya. InsyaAllah ianya berkesan.
Pengirim : Yusoff
P : 06
Petua : Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.
Pengirim :  City Aida 
P : 07
Petua : Menguatkan Zakar
Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda
Pengirim Raja Ariff
P : 08
Petua : Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )
Pengirim Keddy
P : 09
Petua : Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Pengirim :  Arifin Haji Abdullah
P : 10
Petua : Melambatkan Pancutan  Air Mani
Ambil segengam akar pinang muda ( 2 tahun kebawah ) rebus bersama carikan segengam daun tapak gajah ( bentuk seperti tapak gajah,selalu dijumpai di pinggir hutan ) sehingga air tinggal setengah daripada periuk tapis dengan kain dan embunkan semalaman.Sebelum diminum digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau.Amalkan sehari sebelum berjimak.Petua ini amat berkesan untuk melambatkan melambatkan pancutan air mani.Namun ia bergantung kepada keadaan mental individu.Semua ini terserah kepada ketentuan Allah.  
Pengirim :  En. SYAFIQ
P : 11
Petua : Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
Pengirim :  Asba
P : 12
Petua : Masalah Bau Badan 
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.
Pengirim : Dodol
P : 13
Petua : Awet  Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih....
Pengirim :  Mamat
P : 14
Petua : Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas  itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.
Pengirim : Usair Bin Haji.Ghazali
P : 15
Petua : Melebatkan Bulu  Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
Pengirim : Ayu  
P : 16
Petua : Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat yang sebetulnya.
Pengirim : Rosdi
P : 17
Petua : Dapat  Anak  Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.
Pengirim : Fiezaniey
P : 18
Petua : Hilangkan Sakit  Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selam 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.
Pengirim : Zul
P : 19
Petua : Bibir merah semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
Pengirim : Nurjihad
P : 20
Petua : Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.
Pengirim : Shefrina
P : 21
Petua : Darah  Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat  mencuba.
Pengirim : Dr.Hadzir
P : 22
Petua : Kempis  Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang  penyakit. Selamat mencuba
Pengirim : iema
P : 23
Petua : Anak  Fasih  Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...
Pengirim : Fiezaniey
P : 24
Petua : Inginkan  Anak  Putih 1
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya.
Pengirim : lya
P : 25
Petua : Awet  Muda
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain
Pengirim : Man 2
P : 26
Petua : Menghilangkan kolestrol dlm darah
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari insyaallah menjadi.....
Pengirim : Tuk  Wan
P : 27
Petua : Mata  Terkena  Chili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu...Selamat mencuba
Pengirim : Habsah Yusuf
P : 28
Petua : Inginkan  Anak  Putih 2
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.
Pengirim : Dilla
P : 29
Petua : Kurangkan Misai atau  Janggut
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut.
Pengirim : Miyo_69
P : 30
Petua : Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah
Pengirim : Am