Halaman ini dikemaskini pada 8hb.Feb,1997.
PERANCANGAN AKTIVITI MASJID AL-BARAKAH
TIKAM BATU, KEDAH .
Kandungan
1. Pengenalan.
 
2. Masalah Sedia Ada.
 
3. Matlamat Jawatan Kuasa.
 
4. Membentuk peraturan
4.1 Tindakan
dan menguatkuasakannya.
4.2 Pernikahan
 
4.3 Kematian
 
4.4 Kenduri di masjid.
5. Menghidupkan fungsi masjid.
5.1 Sebagai tempat ibadat khusus
 
5.2 Sebagai tempat mendapat ilmu
 
5.3 Menyatukan masyarakat
 
5.4 Sebagai tempat mengadu masalah
 
5.5 Mengendalikan berbagai urusan hidup.
6. Program dan aktiviti masjid.
6.1 Usaha meningkatkan kehadiran solat jemaah.
 
6.2 Program masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
 
6.3 Program pendidikan amali sembahyang kanak-kanak.
 
6.4 Program pencegahan maksiat.
 
6.5 Program pendidikan masjid.
 
6.6 Program mewujudkan rasa cinta kepada masjid.
 
6.7 Penubuhan tabung kabajikan anak yatim dan fakir
miskin qariah.
 
6.8 Perpustakaan masjid.
 
6.9 Program keceriaan masjid.
 
6.10 Program ekonomi masjid.
 
6.11 Mengerakkan peranan masjid sebagai pusat
pentadbiran masyarakat Islam peringkat khairah.
 
6.12 Penerbitan Masjid.
 
6.13 Program Ramadan.
 
6.14 Program melengkapkan peralatan moden.
7.PERANCANGAN BAGI TAHUN 1997~1998.

1. PENGENALAN

Telah ditunjukkan oleh Rasulullah masjid adalah pusat kegiatan umat Islam dalam apajua bidang hidup manusia. Tidak benarlah masjiditu sebagai tempat sembahyang waktu semata-mata. Bertolak dari hal ini perancangan pembangunan Masjid Al Barakah dirancang dangan hasrat untuk mengembalikan fungsi dan peranan masjid.

1.1- Jawatankuasa Masjid 1994-1997

Pengerusi : Us Hj Asaad Bin Md Nor.
Naib Pengerusi : Hj Abu Bakar Bin Ahmad.
Setiausaha : Hj Abd Ghani Bin Hj Harun.
Bendahari : Hj Ahmad Basher Bin Hj Idrus.
AJK : Hj Ramli Bin Hj Engku Ibrahim.
  Hj Abdul Rashid Bin Hj Ahmad.
  Hj Abdullah Bin Yassin.

1.2- Pegawai-pegawai Masjid

Imam : Us Hj Asaad Bin Md Noor
Bilal : Hj Awang Bin Jusoh.
  En Ismail Bin Long.
Siak : Hj Haron Bin Nayan.
  Hj Saleh Ali.
Pembantu Siak : Hj Jaafar Bin Abdullah.
  Hj Hashim Bin Awang.
Pembantu Imam : Sufian Bin Hj Abd Halim.
 
Khoiri Bin Idris.
Keatas
Azahari Bin Ali.

1.3- Sejarah Masjid

Masjid ini dipercayai telah didirikan pada tahun 1902 oleh penduduk terawal di sini. Bagaimanapun tanah tapak masjid ini hanya dianugerahkan oleh kerajaan Kedah kepada penghulu masjid Tikam Batu pada tahun 1912. Manakala tanah perkuburan pula telah diwakafkan oleh Icheek Bin Hussain sebanyak tiga lot tanah.

Pembinaan masjid ini dibuat secara gotong-royong. Empat tiang kayu besar ditebang dibukit dan dibawa menerusi sungai dan ditarik oleh empat ekor kerbau ketapak yang ada sekarang. Kerja- kerja mendirikan empat tiang besar serta alangnya sahaja, mangambil masa selama empat hari.

Tanah yang digunakan untuk meninggikan tapak masjid yang ada sekarang dijunjung oleh setiap penduduk dari bukit berdekatan yang telah lenyap hari ini. Galakan yang diberikan ialah bahawa setiap cam tanah yang dijunjung akan menjadi wakaf yang berkekalan menyebabkan setiap penduduk kampung waktu itu mengambil bahagian.

Batu bata yang digunakan dalam membina tiang dan dinding masjid ini dikuatkan dengan tanah liat bukannya simen dan kekal hingga sekarang. Pada asalnya masjid ini beratap rumbia dan nipah tatapi perkembangan masa menyebabkan bumbung itu di tukar.Terdapat juga menara kayu, tempat masak dan gendang serta halaman masjid tetapi projek pembesaran dan gendang serta halaman mesjid tetapi projek pembesaran masjid ini di masa lampau telah terpaksa mengorbankan semua ini.Pada masa perang dunia ke-2 masjid ini telah menjadi tempat perlindungan utama penduduk bila peperangan tercetus.

1.4- Senarai Imam Menurut Urutan Yang Diketahui Sejak Masjid Didirikan Hingga Sekarang.

1. Hj Abu Bin Bakar 2. Hj Abu Bakar Bin Hj Alang 3. Hj Don Bin Hj Abu Bakar
4. Hj Said Bin Hj Jusuh 5. Hj Abd Rahman Bin Salleh 6. Hj Md Noor Bin Lebai Man
7. Hj Ahmad Bin Saad 8. Hj Abd Halim Bin Hj Ahmad 9. Hj Asaad Bin Md Nor

Balik Ke Atas

2. Masalah-Masalah Sedia Ada

2.1 Jemaah kurang ramai baik pada solat waktu mahupun pada solat Jumaat.Bahkan ramai yang tidak bersolat Jumaat.
2.2 Wujudnya perpecahan politik yang dibawa ke masjid.
2.3 Anak-anak qariah tidak mempunyai keilmuan yang mendalam terhadap Islam.
2.4 Golongan muda juga tiada ilmu. Bahkan kuliah untuk golongan ini tidak ada. Dengan ini tiada pelapis yang akan mengisi ruang masjid.
2.5 Tidak memahami peranan masjid. Masjid difahamkan sebagai tempat ibadat khusus bagi sembahyang harian dan Jumaat sahaja dan sebagai tempat yang sesuai untuk golongan tua. Masjid tiada peranan dalam masyarakat.
2.6 Maksiat yang berlaluasa disebabkan masjid tidak berperanan dalam mencegah kemungkaran.
2.7 Masjid yang uzur, sempit dan tidak diberi wajah pembaharuan selari dengan pembangunan aspek lain.
2.8 Wujudnya golongan masyarakat yang menjadi penentang kepada program masjid, pengkritik, anti pembaharuan. Fahaman siapa makan garam lebih dahulu dari golongan yang tidak mahu buat apa-apa.
2.9 Wujudnya kelompok manusia yang memegang jawatan kuasa masjid ( orang sepuluh ) sebagai satu kedudukan bukan untuk merancang kerja dan melaksanakannya.

Balik Ke Atas

3.Matlamat

3.1 Menyedikan masjid sebagai tampat ibadat yang selesa.
3.2 Menyediakan masjid sebagai tempat mendapatkan ilmu.
3.3 Menjadikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat Islam, diimarahkan baik pada ibadat khusus mahupun pada kerja-kerja kebajikan.
3.4 Akhirnya masjid sebagai tempat mendapatkan ilmu.

Balik Ke Atas

4.Membentuk Peraturan Dan Menguatkuasakannya.

Peraturan-peraturan adalah menurut keperluan dan masalah yang ada. Tujuan peraturan ini adalah sebagai usaha memastikan anak-anak qariah mendekatkan diri dengan masjid dan kegiatannya bermaksud juga mendekatkan diri dengan Allah. Peraturan-peraturan ini akan mengingatkan mereka juga tentang perlunya kerjasama dalam hidup Islam.

4.1 Tindakan kepada mereka yang meninggalkan sembahyang Jumaat secara berterusan dan terus engkar walaupun dinasihat serta diberi amaran:
- Pegawai kepada mereka Jawatankuasa tidak akan menghadiri sebarang kenduri yang diadakan oleh mereka.
- Pegawai dan Jawatankuasa tidak akan membacakan doa dan talkin kepada mereka.
- Pegawai dan Jawatankuasa tidak akan melaksanakan pernikahan orang yang tidak datang bersembahyang Jumaat atau berwalikan kepada mereka.
- Seandainya mereka yang enggan datang bersembahyang Jumaat ini mati, maka ia akan dikebumikan disuatu tempat berasingan dipenjuru tanah perkuburan. Pihak masjid mengambil tindakan ini setelah surat-surat nasihat dan amaran yang dihantar sebelum ini tidak dihiraukan. Tujuan pihak masjid hanyalah untuk mengajak mereka yang melanggar hukum Allah itu kembali ke jalan benar.

4.2 Pernikahan

- Akad nikah hanya dijalankan dimasjid.
- Pengantin perempuan mestilah berpakain menutup aurat ketika hadir ke masjid
( sedangkan sewajibnya ia sentiasa menutup aurat di mana-mana juga). Borang-borang permohonan nikah boleh diamabil dari imam oleh walinya sahaja (Wali yang tidak bersembahyang Jumaat akan dikeluarkan borang dengan satu pemakluman kepada kadi daerah akan diketepikan).

4.3 Kematian

- Setiap berlaku kematian dalam qariah hendaklah dimaklumkan kepada sama ada imam (4388053) Setiusaha, Siak (4388225) Hj Abdul Wahab (4388681). Balanja asas wajib ialah: Kapan RM200.00, Liang RM45.00, Mandi RM45.00, Yuran Perkuburan RM5.00.
- Adalah digalakan setiap waris si mati yang ingin pihak masjid membacakan tahlil, dibacakan tahlil itu di masjid dan pihak waris turut sam ahadir di masjid. Seandainya pihak waris ingin membuat kenduri maka pihak masjid boleh menguruskannya.
- Setiap bacaan surah Yasin baik kerana sakit atau kerana sesuatu hajat sebaik-baiknya dibuat dimasjid.

Balik Ke Atas

5.Menghidupkan Fungsi Masjid

5.1 Sebagai tempat ibadat khusus solot lima waktu dan solat Jumaat serta tarawih. Usaha- usaha dilakukan untuk menarik lebih ramai anak qariah bersolat jemaah. Antaranya:
5.1.1 Mengenakan peraturan yang disebutkan diatas dismaping pihak masjid kurang memberikan layanan atau kerjasama kepada mereka yang tidak berdamping dengan masjid walaupun berkemampuan berbuat demikian.
5.1.2 Membuat seruan pada setiap hari Jumaat sebelum khutbah agar anak-anak qariah yang tinggal berdekatan masjid dapat bersolat berjemaah di masjid dan mengikuti majlis ilmu.
5.1.3 Mengajak dan menasihat dengan baik.
5.1.4 Meminta penceramah-penceramah yang dijemput menyentuh soal solat berjemaah.
5.1.5 Menyelitkan soal solat berjemaah dalam khutbah Jumaat.
5.1.6 Mengajak pelajar-pelajar sekolah khususnya waktu cuti persekolahan untuk bersolat berjemaah dimasjid.
5.1.7 Mengadakan kenduri yang lebih kerap di masjid dan meminta anak qariah.
5.1.8 Mengadakan more secara besar-besaran dari gabungan anak qariah, tajaan orang perseorangan, pertubuhan dan kilang di bulan Ramadan untuk menarik anak qariah berbuka dan bertarawih di masjid. ( Ramadan 1416 sebanyak RM15052.00 dibelanjakan dari sumbangan sebanyak RM18109.00 diperolehi). Hasilnya kini (awal 1996) solat waktu siang mempunyai kira-kira 100 jemaah setiap waktu manakala solat malam kira-kira 200 hingga 350 orang bergantung kepada adanya pengajian. Solat tarawih mempunyai kira-kira 600 orang jemaah.
5.2 Sebagai tempat mendapatkan ilmu
5.2.1 Masalah kejahilan dan kekurangan ilmu merupakan masalah pokok kepada hidup Islam. Semua masalah muncul disebabkan kekurangan ilmu dan tidak faham Islam secara berperingkat dan berterusan.
5.2.2 Kuliah khusus untuk muda mudi pada setiap pagi Ahad.
5.2.3 Kuliah khas untuk pemuda mempelajari perkara asas fardu ain.
5.2.4 Kuliah untuk muslimat pada pagi Jumaat.
5.2.5 Kuliah bulanan penceramah terkenal Us Shamsuri Hj Ahmad
5.2.6 Kuliah-kuliah subuh setiap pagi Jumaat.
5.2.7 Pendidikan Taski Masjid.
5.2.8 Kuliah-kuliah khusus:
- Kursus Haji dan Umrah
- Kuliah sembahyang jenazah (10 minit sebelum khutbah Jumaat)
- Kursus Perkahwinan

Program pendidikan masjid seterusnya adalah untuk menangani masalah golongan remaja dan muda yang kekurangan ilmu agama. Beberapa orang anak muda qariah ini dihantar belajar di Acheh, Syria, Mesir dan beberapa ma'had tahfiz dalam negeri telah dibantu oleh pihak masjid. Pihak masjid mengharapkan mereka ini kelak akan menjadi tenaga penggerak program pendidikan masjid di mana bentuk pengajian khusus secara berkumpulan akan diujudkan. Hingga ini prasarana untuk tujuan ini telah hampir lengkap iaitu satu bangunan dua tingkat lengkap dengan kemudahan asas. Sasaran kelak ialah pelajar sekolah rendah dan menengah, pemuda dan pemudi yang diharap dapat sekurang-kurangnya menguasai farduain.

5.3 Menyatukan masyarakat

Apa yang ujud dalam masyarakat qariah adalah perpecahan akibat dari berlainan fahaman politik yang dibawa pula kepada masjid. Selaras dengan dasar masjid adalah pusat kegiatan masyarakat, maka perpecahan ini amat merbahaya. Dengan itu jawatankuasa masjid dan pegawai ditegaskan supaya mengelakkan dari perbicaraan politik kepartian dalam masjid. Masjid berdiri ditengah-tengah dalam masyarakat dengan slogan Islam. Apabila mereka keluar dari masjid, mereka ambillah kembali politik mereka.

Sehubungan itu juga majlis-majlis juga diwujudkan untuk menyatukan masyarakat seperti:

5.3.1 Majlis Korban Aidil Adha dimana pakatan ahli qariah untuk membuat korban dikendalikan oleh pihak masjid dengan penggembelingan anak qariah.
5.3.2 Majlis membuat bubur asyura. Majlis ini malambangkan simbol permuafakatan qariah masjid bagi menghasilkan sesuatu yang manis dan sedap. Anak-anak qariah adalah digalakkan menyumbang apa-apa barangan untuk dijadikan bubur asyura. Kerja membuatnya dilakukan secara beramai-ramai. Bubur yang siap dihantar ke seluruh qariah sebagai tanda ingatan masjid kepada anak qariah mengecat masjid, menanam pokok bunga dan berbagai projek yang boleh dibuat secara gotong- royong. Tujuannya ialah supaya wujud rasa tanggungjawap terhadap masjid dan menyatukan rasa kasih mereka pada masjid.
5.3.3 Majlis kenduri tahlil digalakkan dibuat di masjid dengan tujuan untuk tidak membebankan kelurga si mati dan menghimpunkan anak qariah di masjid untuk membacakan tahlil.

5.4 Sebagai tempat mengadu dan menyelesaikan masalah.

Masjid dan jawatankuasanya juga mangambil peranan membantu anak qariah dalam apa juga bidang hidup yang sesuai dengan hidup Islam. Perkara-perkara selisih faham, kesusahan hidup, permohonan bantuan dan sokongan dan sebagainya dibawa kepada jawatankuasa masjid akan diatasi sedapat mungkin.

5.5 Mengendalikan berbagai urusan hidup Islam:

5.5.1 Majlis khatam Quran. 5.5.2 Majlis berkhatan beramai-ramai.
5.5.3 Urusan memasak untuk majlis walimah. 5.5.4 Urusan mempertemukan jodoh.
5.5.5 Meminjamkan perkakas memasak dan hidangan.  

Balik Ke Atas

6.Program Dan Aktiviti

6.1 Usaha meningkatkan jumlah kehadiran solat jemaah.
6.1.1 Seruan-seruan pada setiap kali solat Jumaat dan majlis tertentu.
6.1.2 Kempen seruan secara individu.
6.1.3 Membilang kehadiran jemaah setiap waktu solat dan mencatat data kehadiran. Hal ini kemudian diumumkan pada hari Jumaat.
6.1.4 Menggalakkan pelajar sekolah datang bersolat berjemaah.
6.1.5 Menggalakkan diadakan kenduri tahlil di masjid untuk menarik mereka yang membuat kenduri dan saudara mara mereka datang bersolat jemaah pada malam tersebut.
6.1.6 Berusaha meramaikan masjid dengan aktiviti yang kerap, ceramah, majlis nikah kahwin, mesyuarat-mesyuarat dan lain-lain.
6.1.7 Mengindahkan persekitaran masjid untuk menjadi tarikan dan rasa seronok untuk datang ke masjid.

6.2 Program masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.

Program ini bertujuan untuk menghapuskan fahaman bahawa masjid hanyalah sebagai tempat sembahyang sahaja; sebaliknya cuba menghidupkan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat Islam di mana segala urusan kemasyarakatan dijalankan di masjid.

6.2.1 Majlis kenduri tahlil, aqiqah dan korban. 6.2.2 Majlis akad nikah.
6.2.3 Majlis berkhatan beramai-ramai. 6.2.4 Majlis ceramah menjawap soalan peperiksaan untuk pelajar.
6.2.5 Kelas tambahan berbagai matapelajaran kelolaan pihak masjid. 6.2.6 Melengkapkan perpustakaan masjid.
6.2.7 Program bersama Jabatan Pendaftaran untuk mambuat kad pengenalan baru kepada penduduk sekitar.  

6.2.8 Program dalam perancangan:

6.2.8.1 Kelas komputer masjid Ini merupakan program pembinaan ilmu dan sebagai usaha menangani masalah belia membuang masa (lepak). Kemudahan asas seperti bilik telah pun sedia ada.
6.2.8.2 Program sukan masjid Program inimelibatkan penyediaan gelanggang sepak takraw dan badminton di tapak letak kereta masjid. Jawatankuasa yang mengendalikan program ini akan memastikan syarat pakaian dan masa permainan mematuhi kehendak masjid.
6.2.8.3 Pusat pengajian qariah Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembinaan ilmu agama kepada pelajar sekolah dan golongan remaja. Bidang pengajian ialah fardu ain, tahfiz dan pembacaan Quran. Kelasakan diadakan pada waktu petang, malam dan hujung minggu. Guru-guru khas akan diambil dan merupakan hasil program pendidikan jangka panjang di mana beberapa orang anak qariah telah dihantar menuntut di Acheh, Syria dan Mesir. Mereka kelak akan ditugaskan malaksanakan program pengajian qariah ini yang akan berpusat di masjid.

6.3 Program pendidikan amali sembahyang kanak-kanak

Program ini berjalan secara berterusan secara tidak formal. Kanak-kanak dan pelajar sekolah yang hadir bersembahyang akan melalui beberapa perkara berikut:

6.3.1 Diatur dalam saf yang betul. 6.3.2 Ditegur kesalahan-kesalahan dalam solat.
6.3.3 Dikawal tatatertib mereka dalam masjid. 6.3.4 Diasingkan dari saf orang dewasa.
6.3.5 Diasingkan di tingkat atas semasa solat Jumaat. 6.3.6 Dibimbing pada solat sunat dan bacaan doa.
6.4 Program mencegah maksiat 6.4.1 Tangkapan kes khalwat dan zina
6.4.2 Nasihat dan amaran di masjid 6.4.3 Mendapat kerjasama anak qariah

6.5 Program pendidikan masjid

Program bertujuan untuk membina masyarakat berilmu
6.5.1 Taski masjid dikendalikan oleh dua oarang ustaz menggunakan kurikulum pendidikan pra sekolah ABIM.
6.5.2 Kelas pengajian berkumpulan Bahasa Arab.
6.5.3 Kelas kumpulan pengajian ilmu agama berkumpulan untuk golongan muda.
6.5.4 Kelas pengajian dan amali fardu ain bagi palajar sekolah.
6.5.5 Kelas pengajian berkumpulan bagi muslimat (beliawanis).
6.5.6 Kumpulan usrah masjid.

Program ini juga melibatkan usaha membantu membiayai pelajar dari qariah ini yang menuntut di tempat pengajian dalam dan luar negara yang diharapkan mereka akan balik menjadi tenaga pengajar dalam program pendidikan masjid kelak.

6.6 Program mewujudkan rasa cinta pada masjid.

Program ini dilaksanakan untuk mewujudkan rasa bangga dan cinta kepada masjid yang diharapkan dari rasa ini akan bangkit keinginan untuk selalu berkunjung dan berjemaah di masjid. Seterusnya masjid akan mendapat perkhidmatan tenaga kerja secara percuma di masa depan.
6.6.1 Mengadakan more yang melibatkan sumbangan seluruh anak qariah. Orang perseorangan, pertubuhan, kilang, jabatan kerajaan dan syarikat telah dilibatkan. Pada Ramadan 1416/1996 sumbangan diperolehi adalah sebanyak 17,000.00 dan dibelanja sebayak 16,000.00
6.6.3 Membuat kalendar gambar masjid Al Barakah untuk tujuan mendapat sumbangan dan meletakkan gambar masjid ini pada tiap rumah dalam qariah.
6.6.4 Melancarkan kerja gotong-royong bagi kerja-kerja memperbaiki masjid. Contoh kerja mengecatkan yang melibat golongan muda, kerja wiring tambahan diawasi oleh wireman bertauliah, kerja pembersihan masjid,kerja keceriaan dan hiasan masjid dan lain-lain.

6.7 Penubuhan Tabung Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Tabung ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang ditugaskan mengenal pasti dua golongan tersebut dalam khariah. Usaha-usaha juga dibuat bagi mencari kewangan bagi mengendalikan tabong ini.

6.7.1 Tujuan ditubuhkan pada 15/3/91 dengan tujuan:

Mematuhi perintah Allah dalam surah Al Maun dan surah-surah yang lain mengenai anak yatim dan fakir miskin.
Membantu anak yatim dan fakir miskin.
Membantu ahli-ahli qariah yang ditimpa kemalangan dan memerlukan bantuan segera bagi memulihkan kehidupan.

6.7.2 Sumber kewangan

Sumbangan orang ramai. Tabung bergerak hari raya.
Tabung tetap di pintu masjid. Sumbangan menerusi Tadarus Al Quran bulan Ramadan.
Jualan kad risalah seperti Ramadan Al Mubarak dan Selamat datang Ramadan.  

6.8 Perpustakaan masjid.

Perpustakaan masjid telah digerakkan dalam awal tahun 1980an tetapi telah terbantut perkembangannya sehinggalah tahun1993 bila jawatankuasa ini telah mengambil dayausaha menghidupkannya kembali.Sehingga kini perpustakaan masjid ini mempunyai lebih daripada 600 buah buku bercorak keagamaan seperti tafsir,hadis ,sirah,gerakan,dakwah,tasawuf,buku untuk kanak-kanak dan sebagainya termasuk majalah keagamaan yang dilanggan setiap bulan.Buku-buku ini adalah sumbangan orang ramai dan pihak kerajaan.Perpustakaan ini dibuka sepanjang masa,waktu pinjaman adalah selepas setiap sembahyang waktu.Keahlian adalah percuma dan kini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

6.9 Program keceriaan masjid.

Control By : barakah@pc.jaring.my
dan
Supported: isd@panet.po.my
Projek gabungan Pernec Advanced Network dan
Masjid Al-Barakah Tikam Batu

Back to top.

Back to Main Page.