Bahasa Melayu PMR: Nota dan Latihan

 

Kata Adjektif

Pengenalan

Kata adjektif dikenal sebagai kata sifat, iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

(Tatabahasa Dewan :1995)

Lazimnya kata adjektif boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat,paling, terlalu dan agak (penguat hadapan).

Contoh:

amat baik

amat selesa

sungguh rajin

sungguh besar

sangat pandai

sangat lincah

paling cantik

paling rapi

terlalu pantas

terlalu kecil

agak sederhana

agak malu

Namun terdapat juga kata adjektif yang mendahului penguat seperti sungguh, sekali, lagi dan benar (penguat belakang).

Contoh:

berani sungguh

lain sekali

banyak sekali

muda lagi

kurang lagi

besar benar

kecoh benar

Namun demikian, ada  frasa adjektif yang tidak boleh menggunakan penguat hadapan dan belakang sekali gus,  contoh:

paling indah sekali

Jenis Kata Adjektif

Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, seperti yang berikut:

Kata Adjektif Sifatan

Kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama seperti baik,cerdik, cantik, kacak, gagah, sihat, kasar, lembut dan sebagainya.

Contoh penggunaanya dalam ayat:

Kata Adjektif Warna

Kata adjektif ini memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan seperti merah,putih,hijau,kuning, hitam,ungu,jingga dan sebagainya.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Kata Adjektif Ukuran

Kata adjektif jenis ini memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan seperti besar, kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah,tebal,nipis,kerdil, renek dan sebagainya.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Kata Adjektif Bentuk

Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang memberi pengertian rupa atau bentuk sebagai unsur keterangan seperti bulat,leper, bundar, bujur, lonjong,bengkok, lurus, lekuk, lengkung dan sebagainya.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Kata Adjektif Waktu

Kata adjektif waktu ialah kata yang memberi pengertian konsep masa atau waktu sebagai unsur keterangan seperti segera, lambat, baharu, suntuk, awal, cepat,lewat, lampau, lama,silam dan sebagainya.

Contoh penggunaannya dalam ayat:

Kata Adjektif Jarak

Kata adjektif jarak merupakan jenis perkataan yang memberi penerangan tentang konsep ruang atau jarak antara benda atau keadaan sebagai penerang kata nama seperti jauh, dekat, hampir, nyaris dan sebagainya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

Kata Adjektif Cara

Kata adjektif cara memberi penerangan tentang keadaan , kelakuan atau ragam terhadap kata nama seperti cepat, lambat, laju, deras, perlahan, gopoh, lincah, jelas, sering,selalu dan sebagainya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

Kata Adjektif Perasaan

Kata adjektif perasaan memberi penerangan tentang perasaan terhadap kata nama seperti kasih, sayang, benci, rindu, suka, malu, berahi, gembira, ragu-ragu dan sebagainya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

Kata Adjektif Pancaindera

Kata adjektif ini memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera sebgai penerang kata nama. Kata adjektif pancaindera ini dibahagikan pula kepada enam jenis, iaitu

a) Kata adjektif indera rasa : manis , pahit , lazat , tawar , kelat , payau dan sebagainya.

Contoh Penggunaan:

b) Kata adjektif indera pandang: cantik , lawa , hodoh , segak , molek , comel , tampan , buruk dan sebagainya.

Contoh penggunaan:

c) Kata adjektif indera dengar: nyaring , merdu , garau , serak ,bising , mersik , lunak dan sebagainya.

Contoh penggunaan:

d) Kata adjektif indera bau : wangi , busuk , hapak , semerbak , tengik , hanyir dan sebagainya.

Contoh penggunaan:

e) Kata adjektif indera sentuh: licin , halus , keras ,kasar , lembut , kesat dan sebagainya.

Contoh penggunaan:

f) Kata adjektif gabungan indera:

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada kata-kata yang membawa pengertian sentuh, pandang,bau, dengar dan rasa yang tergabung jalin dalam satu perkataan seperti

Contoh penggunaa:


 

Ayat Aktif Tak Transitif

Objektif:
Selepas menggunakan bahan ini diharap anda akan dapat:

Penerangan :

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambungnya.

Terdapat dua jenis ayat aktif tak transitif, ia itu;

1. Ayat aktif tak transitif tak berpelengkap.

2. Ayat aktif tak transitif berpelengkap.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang digugurkan

Ayat aktif jenis ini mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mempunyai frasa keterangan secara pilihan.

Contoh;

Frasa keterangan dalam ayat di atas boleh digugurkan dan masih boleh berdiri sendiri serta bermakna.

Berikut adalah contoh ayat yang mempunyai frasa keterangan dan ayat yang telah digugurkan frasa keterangannya;

Mempunyai Frasa Keterangan

Tiada Frasa Keterangan

Dia menangis sepanjang hari

Dia menangis.

Pokok itu membesar dengan cepatnya.

Pokok itu membesar.

Pak Haji itu berserban setiap hari.

Pak Haji itu berserban.

Kertas itu bergaris lintang.

Kertas itu bergaris.

Suara azan sedang mengalun di angkasa.

Suara azan sedang mengalun.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Seperti namanya, keterangannya tidak boleh digugurkan kerana jika digugurkan ayat akan tergantung dan tidak memberi makna. Berikut adalah contoh ayat aktif tak transitif yang tidak boleh digugurkan.

Ayat asal

Setelah digugurkan

Dia berada di Kuala Lumpur.

Dia berada.

Bas itu menuju ke utara.

Bas itu menuju.

Penyakitnya beransur sembuh.

Penyakitnya beransur

Saya berasa sungguh yakin.

Saya berasa.

Saya bercadang untuk ke sana.

Saya bercadang.

LATIHAN :

Tandakan dalam kotak yang tersedia sama ada ayat-ayat di bawah terdiri daripada ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ATAU ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Sila kelik dan hantar  apabila siap menjawab.

1. Beberapa orang masih bersiar-siar pada waktu senja.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

2. Setengah-setengah belia berniaga di pasar malam.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

3. Dia bertujuan ke Johor.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

4. Dia tidak berbuat jahat.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

5. Mereka berkebun di kampung.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

6. Ombak memutih di pantai.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

7. Kebanyakan orang India berasal dari India Selatan.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

8. Pena itu ada padanya.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

9. Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

10. Kebanyakan pengganggur tinggal di rumah haram.

Boleh digugurkan

Tidak boleh digugurkan

Sila semak jawapan saya.

Nama saya:
E-mail:

Rujukan:

Nik Safiah Karim dan Rakan-Rakan. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Kursus Menguasai Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan Cepat (1997). Universiti Putra Malaysia.

 

@AlyatimiOnline/21/4/02.