-- ALLEYCATS --

Hati Ku Kau Luka

Mengapa kau tak katakan dulu
Diri mu sudah berteman
Mengapa kau sanggup mempermainkan
Diri ku yang setia

Kalu ku tahu kejamnya dikau
Tak mungkin aku tergoda
Kini apa yang telah terjadi
Kau musnahkan segalanya

* :
Hati ku kau luka
Musnahlah segala harapan
Kini kau pergi
Tiada kata
Tinggal aku keseorangan

Semoga engkaukan berbahagia
Di samping orang yang kau puja
Biar aku menanggung derita
Selamat tinggal oh kasih

( Lagu : - Lirik : )


Hingga Akhir Nanti

Hingga akhir nanti
Kau tetap jadi pujaan
Walau seribu tahun
Walau seribu zaman ku tetap menanti

Hingga akhir nanti
Kau saja idaman hati
Segala rasa cinta segala rasa sayang
Hanyalah untuk mu
Hingga akhir nanti

Bulan takkan terang tanpa seri wajah mu
Hati takkan tenang tanpa kehadiran mu
Rindu dalam sepi rindu dalam mimpi
Ku tetap menanti
Hingga akhir nanti

Datanglah kekasih datanglah pada ku
Kesetiaan diri ku janganlah kau ragu
Betapa kukasih betapa ku rindu
Seandainya kau tahu benarnya cinta ku

( Lagu : M Nasir - Lirik : Lukhman S )


Istana Pasir

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Yang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina ( 2X)

Hiduplah semula semangat di hati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini

( Lagu : - Lirik : )


Kerana

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan disaat ini
Di manakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanyalah permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras supa yang sangat ku pinta
Oh... oh...

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah..
Kerana mu..

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )


Khabar Buat Ibu

Kehadapan ibu ku
Yang sangat ku cintai
Dengarlah khabar ini
Tentang calun menantu
Orangnya sederhana tidak berlebihan
Tapi cergas serta pintar
Dan diakan membantu mu dalam urusan seharian

* :
Usahlah egkau bimbang
Tentang cinta kami
Kami telah berjanji
Akan saling menghormati
Harap ibukan tabur beras kunyit
Didepan halaman rumah
Menyambut kepulangan kami berdua oh ibu ku

** :
Ku menyintainya
Seperti ayah menyintai mu
Dan dia menyintai ku
Seperti kau cintakan ayah

Usahlah engkau bimbang
Tentang cinta kami
Kami telah berjanji
Akan saling menghormati
Harap ibukan tabur beras kunyit
Didepan halaman rumah
Menyambut kepulangan kami berdua oh ibu ku

( Ulang Rangkap ** dan *)

( Lagu : - Lirik : )


Layang-layang Terputus Tali

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkah ku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Ku cuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku lari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidup ku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

( Lagu : M Nasir - Lirik : )


Senyumlah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Senyuman mu di pagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Di lebuhraya di papan tanda
Tergambar wajah mu
Dengan kalimah cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

* :
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum dalam diam bergembira
MEmberis sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan kita berdua
Menyusuri jalan di tengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

( Ulang Rangkap * )

Terima kasih ku ucapkan
Oh.. kepada mu
Kuala Lumpur kerana kau telah temukan
Cinta antara kami berdua

( Lagu : M. Nasir - Lirik : S. Amin Shahab )


Seribu Bintang

Ingin ku pergi jauh dari mu
Agar ku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwa mu
Agar ku kenal diri mu kasih

* :
Ingin aku membenci diri mu
Tapi kebencian tiada pada ku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta pada mu

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hati ku
Aku kan selalu dekat pada ku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cinta ku

( Ulang Rangkap * )

Jangan permainkan cinta ku

( Lagu : M. Nasir - Lirik : )


Setahun Sudah Berlalu

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simponi mendayu
Pada setiap malam dingin

* :
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapakan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah dicermin
Terpandang parut dimuka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang Bermain di jiwa ini

( Ulang Rangkap * ( 2X) )

Tapi sayang pada siapakan ku beri.. ( 3X )

( Lagu : M. Nasir - Lirik : )


Setelah Bertahun

Hujan di luar masih tak berhenti
Terasa dingin lagi
Hati bersedih terkenangkan kembali
Wajah mu yang suci memandang ku
Di hari terakhir
Sendu dan tangis ku mengiringi pemergian mu

* :
Namun hati ku tak pernah cuba
Untuk menerima pengganti mu
Biar dipalu seribu resah
Pada redup wajah senja
Ku tergambar cinta kita
Masih diselimuti cahaya
Terang bagai kali pertama
Walaupun telah bertahun
Jasad berselindung

** :
Ku tergambar cinta kita
Tak mungkin kan ada penghujungnya
Pabila sang mentari dah menjelma
Terasa engkau dan aku masih bersama

Biar mendung berlalu dan berhenti
Aku tetap di sini
Bersenandung pada mu saban hari
Kasih yang sejati
Bersemadi

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : M. Nasir - Lirik : )


Suara Kekasih

Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayang mu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga kerinduan
Suara kekasih..
Membelai hati ku
Suara kekasih..
Membasuh luka ku

Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuan alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih..
Membelai jiwa ku
Suara kekasih..
Yang menyejukkan ku

Terdengar suara mu yang suci
Pabila terkejut dari mimpi
Ku meyakinkan suara itu
Memanggil daku dengan harapan
Tapi sayangnya alunan ombak
Yang memecah diri sangka ku
Suara kekasih..
Yang memanggil daku
Suara kekasih..
Di malam yang indah

( Lagu : - Lirik : )


Suratan

* :
Ada sepucuk warkah dalam riang aku terima
Dari sekeping hati yang ku puja
Diselitkan setangkai mawar
Yang merah mekar warnanya
Tapi sayang telah layu pun ia

Kau tanya kepada ku mengapa aku merayu
Kau tanya kepada ku mengapa aku mengganggu
Oh....

** :
Bukankah kau yang dulu mengharapkan kasih ku
Setelah ku serahkan dikau membisu
Tapi mengapa kini kau kata yang kau benci
Setelah jiwa raga ku korban untuk mu
Sampul warkah mu indah tapi isinya hampa
Haruskah ku terima kesal yang tergambar ini.....

Ada sepucuk warkah dalam riang aku terima
Dari sekeping hati yang ku puja
Diselitkan setangkai mawar
Yang merah mekar warnanya
Tapi sayang telah layu pun ia

Kau tanya kepada ku mengapa aku merayu
Kau tanya kepada ku mengapa aku mengganggu

Kau tanya kepada ku mengapa aku merayu
Kau tanya kepada ku mengapa aku mengganggu
( Ulang Rangkap ** )
( Ulang Rangkap * )

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )



-- AZLINA AZIZ --
Duet dengan Adnan Abu Hassan

Kesederhanaan Mu

P: Ku rindukan kemesraan
Di dalam kesederhanaan satu kehidupan
Ku rindukan kemesraan
Bersama senyum keramahan tiap pertemuan

L : Bila renungi hari yang berlalu
Menyesali dosa yang berlaku
Sering dibawah kesedaran diri
Kesilapan serupa berulang lagi

P :Waktu dan persekitaran
Membawa kita meniti alam kedewasaan
L : Dan bermula dari sini
Tak mahu lagi membiar diri diulit mimpi

P/L : Sayang dengan mu rela ku tempuhi
Suka duka kehiudpan ini
P : Hanya kesederhanaan diri mu
Yang ku harap kau pertahankan selalu

L : Hanya kesederhanaan diri mu
Yang ku harap kau pertahankan selalu.. Oh..

P: Ku rindukan kemesraan
Bersama senyum keramahan tiap pertemuan
P/L : Kesederhanaan bawa kedamaian

( Lagu : Adnan Abu Hassan - Lirik : Adnan Abu Hassan )



-- ILLUSI --

Joget Bujang Dan Dara

Usah mabuk gantung harapan
Pada angin lalu
Kelak merana diri mu dik
Dapat belum tentu
Jika dah tersurat
Tanah mana pun dia menanti
Kasihkanhlah dia sayang
Namun bebaskanlah dia

Rambut ikal mayang, oh dik
Bibir bak delima
Aku mabuk kasturi
Haruman berbisa
Jika aku cinta
Tiada lain hanya kau saja
Ini inang sayang
Untuk santapan bujang dan dara

Tangkap ikan haruan
Dapat siikan keli
Kalau salah haluan
Cari tok guru belajarlah lagi

Indung indung lah sayang
Ini joget seri inang
Indung indung lah sayang
Joget dara dan bujang

Indung indung lah sayang
Ini joget seri inang
Indung indung lah sayang
Joget dara dan bujang

( Lagu : - Lirik : )

Puisi Cinta

Suara mu gemersik nya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendang mengisi di ruang kamarku

Senyum mu menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamirkan menjadi hiasan hidupku

Tiada kekata seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan diri mu

Akan ku syairkan kata mu
Akan ku madahkan janji mu
Menjadi coretan gurindam Puisi cinta

Akan ku ukirkan senummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadi kan susunan warna potret dinda

Senyummu menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamirkan menjadi hiasan hidup ku

Tiada kekata seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu

Akan ku syairkan kata mu
Akan ku madahkan janji mu
Menjadi coretan gurindam puisi cinta

Akan ku ukirkan senyum mu
Akan ku lukiskan tawa mu
Menjadi kan susunan warna potret dinda

Senyummu menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamirkan menjadi hiasan hidupku
Menjadi hiasan hidupku

( Lagu : Dr. Wan Zawawi - Lirik : Dr. Wan Zawawi )

Suara Cinta

* :
Bagaimanakah terjadi cerita ini
Telah berbunga cinta ku di talian mu
Dari semint kata bermula abad cinta
Tidakkan berakhir tanpa wajah mu

Alunan suara nafas mu menutup ruang
Perjalanan ku terhenti tak kesampaian
Menjejak cinta lama yang hilang dari jiwa
Terlena di pangkuan suara cinta

** :
Kau berada di hujung jerit suara ku
Dan langkah ini tidak terhenti sekarang
Sebelum tergenggam titik yang menjadi penentuan

*** :
Menjelmalah di halaman
Tercipta satu ukiran
Di dalamnya lakaran gema suara cinta
Bilakah jalinan suara
Akan membungakan nyata
Dapatkah sedetik ini ia terjadi lama

( Ulang Rangkap *, ** dan *** )

( Lagu : - Lirik : )


*** Page 70 ***

<-- Previous Next -->

[Lyrics Index] [Main Index]