Sumber
SEMAK EJAAN KITA
Susunan Cikgu Isa
Saya menyedari bahawa ada beberapa patah perkataan dalam edaran-edaran saya atau edaran-edaran yang bersumber daripada saya tetapi ditandatangani oleh pihak pentadbir institusi kita mengandungi kesilapan ejaan. Risalah ini diedarkan untuk tatapan dan rujukan kita semua, termasuk diri saya sendiri yang telah tersilap mengeja beberapa patah perkataan seperti aturcara (sepatutnya atur cara) dan urusetia (sepatutnya urus setia).

Bagi perkataan tertentu, ejaan yang salah dimuatkan untuk menegaskan bahawa ejaan yang salah seperti itu tidak diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa patah perkataan pula diikuti dengan kata terbitan atau contoh penggunaannya. Rujukan utama ialah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan Kamus Dewan Edisi Ketiga. Maklumat tertentu yang terkandung dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua (1966) didapati tidak kemas kini.

  1. alat tulis (bukan alatulis)

  2. apa pun (bukan apapun)

  3. ataupun (bukan atau pun)

  4. atur cara (bukan aturcara)

  5. bin (bukan Bin)

  6. binti (bukan binte atau bte atau Binte)

  7. cenderahati

  8. cenderamata

  9. cetak, cetakan, bercetak, dicetak, pencetak, percetakan

  10. draf, drafkan, drafnya, didraf, mendraf

  11. faks, fakskan, difakskan

  12. faksimile (bukan feksimili atau faksimili)

  13. gambar rajah (bukan gambarajah)

  14. gerak balas (bukan gerakbalas)

  15. gerak kerja (bukan gerakerja)

  16. graf, grafik, pereka grafik

  17. hafaz, menghafaz

  18. hak cipta (bukan hakcipta)

  19. institut (bukan institiut)

  20. isytihar (bukan istihar)

  21. jalan raya (bukan jalanraya)

  22. jawapan (bukan jawaban)

  23. jawatankuasa (bukan jawatan kuasa)

  24. jemaah (bukan jamaah)

  25. juruacara (bukan juru acara)

  26. juruaudit (bukan juru audit)

  27. kalaupun

  28. ke-9 (bukan ke 9)

  29. kemas kini (bukan kemaskini), kemas kinikan, dikemaskinikan, mengemaskinikan

  30. kerap kali

  31. kerenah (bukan karenah)

  32. kertas kerja (bukan kertaskerja)

  33. kewajipan (bukan kewajiban)

  34. koir

  35. koordinator (bukan kordinator)

  36. kubis (bukan kobis)

  37. lalu lintas (bukan lalulintas)

  38. mahupun

  39. manfaat, manfaatnya, bermanfaat, dimanfaatkan, memanfaatkan

  40. mansuh, mansuhkan, dimansuhkan, memansuhkan, pemansuhan

  41. masyhur, masyhurkan, dimasyhurkan, memasyhurkan, pemasyhuran

  42. matlamat, matlamatnya, bermatlamat

  43. meskipun

  44. muhibah (bukan muhibbah)

  45. munasabah (bukan menasabah)

  46. pangkalan (bukan pengkalan), berpangkalan

  47. pantomim (bukan pantomin atau pentomin)

  48. pendeta (bukan pendita)

  49. rahsia, rahsianya, dirahsiakan, merahsiakan

  50. reka bentuk, direka bentuk, pereka bentuk

  51. rezeki (bukan razeki), rezekimu, rezekiku

  52. sate (bukan sateh), sate ayam, sate rusa

  53. sekali gus (bukan sekaligus)

  54. seksa (bukan siksa), seksaan, diseksa, keseksaan, menyeksa, terseksa

  55. selesema (bukan selsema atau salsema)

  56. semak (bukan simak), semakan, disemak, menyemak, penyemak

  57. senarai (bukan sinarai)

  58. serta-merta (bukan semerta atau serta merta)

  59. setiausaha (bukan setia usaha)

  60. tamadun (bukan tamaddun), tamadunnya, bertamadun

  61. taufik, taufik-Mu, taufik-Nya

  62. teladan (bukan tauladan), teladannya, berteladan, diteladani, meneladani

  63. telefon, menelefon

  64. temu bual (bukan temubual), bertemu bual, ditemu bual, menemu bual

  65. temu duga (bukan temuduga), ditemu duga, menemu duga

  66. tengah hari (bukan tengahari)

  67. urus niaga (bukan urusniaga), urus niagamu, urus niagaku, berurus niaga

  68. urus setia (bukan urusetia)

Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan. (Hukamak)

1