|
(i)
Penyediaan Minit
Draf
minit untuk kelulusan pengerusi hendaklah dikemukakan kepada
pengerusi jawatankuasa untuk mendapat persetujuan tidak
lewat dan tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.
Minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh pengerusi
mesyuarat hendak1ah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat
tidak lewat daripada satu minggu selepas tarikh
mesyuarat diadakan.
Format
minit mesyuarat hendaklah disusun mengikut susunan agenda
mesyuarat. Contoh format minit mesyuarat adalah seperti di Lampiran
A.
(iii)
Susunan Nama Ahli Mesyuarat
Catatan
nama ahli-ahli mesyuarat hendaklah disusun mengikut
kekananan ahli-ahli yang hadir.
(iv)
Catatan Perbincangan
Catatan
minit mesyuarat hendaklah direkodkan secara padat, tepat dan jelas. Catatan setiap perkara yang
dibincangkan hendaklah diikuti dengan nota yang menunjukkan
sama ada tindakan lanjut diperlukan atau untuk makluman
sahaja. Misalnya:
|
(Catatan
minit)
(Catatan
minit)
Tindakan: Untuk makluman sahaja
Contoh
(sedang diproses) |
(v)
Pengesanan
Maklum Balas Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat
Ahli-ahli
mesyuarat atau mana-mana pihak lain yang telah diberi
tanggungjawab melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat
hendaklah memberi maklum balas kepada urus setia mesyuarat.
Urus setia pula akan bertanggungjawab untuk mengesan
pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat tersebut. Oleh hal
yang demikian adalah mustahak satu rekod disediakan untuk
mengesan maklum balas bagi keputusan-keputusan mesyuarat
yang penting (lihat Lampiran B).
Butir-butir yang
terkandung
dalam rekod pengesanan maklum balas ini adalah seperti yang
berikut:
Bilangan
Berikan nombor secara bersiri bagi
setiap perkara yang dicatatkan di dalam rekod pengesanan.
Rujukan
Minit
Rujukan
bilangan minit mesyuarat dan perenggan berkaitan.
Perkara
Tajuk perkara seperti mana tercatat
dalam minit mesyuarat berkaitan.
Tarikh
Hantar
Tarikh menghantar minit mesyuarat
kepada kementerian/jabatan.
Kementerian/Jabatan
Nama kementerian/jabatan yang
dikehendaki memberi maklum balas.
Tarikh
Maklum Balas Patut Diterima
Tarikh maklum balas sepatutnya
diterima oleh urus setia.
Tarikh Maklum Balas Diterima
Tarikh maklum balas
diterima oleh urus setia.
Tarikh Maklum Balas
Dibentangkan
Tarikh maklum balas
dibentangkan di dalam mesyuarat.
Status
Nyatakan satu. ada tindakan telah
selesai atau memerlukan tindakan susulan. Untuk menentukan
urus setia menerima maklum balas seperti yang dikehendaki,
Pengerusi mesyuarat hendaklah dan semasa ke semasa
menekankan supaya pemberian maklum balas disediakan dan
dihantar mengikut jadual. Sebagai norma kerja, maklum balas
patut di terima oleh urus setia selewat-lewatnya seminggu
sebelum tarikh mesyuarat berikutan.
(vi)
Laporan Maklum Balas oleh Urus Setia
Maklum
balas yang diterima oleh urus setia hendaklah diedarkan
untuk perhatian ahli-ahli mesyuarat. Urus setia hendaklah
menyusun maklum balas yang diterima mengikut tajuk seperti
dalam minit mesyuarat. Untuk memudahkan lagi proses
penelitian dan membuat keputusan, urus setia hendaklah
membuat ringkasan dan penganalisisan terhadap maklum balas-maklum
balas yang diterima.
Urus
setia hendaklah menyediakan laporan maklum balas bagi setiap
keputusan mesyuarat mengikut format yang berikut:
Cabutan
Keputusan
Taip semula keputusan mesyuarat
seperti mana tercatat dalam minit mesyuarat.
Ringkasan
dan Ulasan Urus Setia
Urus setia hendaklah menyediakan
ringkasan serta penganalisisan mengenai maklum balas dan
pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat.
Maklum
Balas dari Kementerian/Jabatan
Maklum balas lengkap yang diterima
oleh urus setia mengenai pelaksanaan sesuatu keputusan
hendaklah disertakan sebagai lampiran kepada laporan maklum
balas urus setia. Maklum balas disusun mengikut tajuk
kementerian/jabatan.
Senarai
Pihak yang Belum Memberi Maklum Balas
Senarai nama kementerian/jabatan yang
perlu memberi maklum balas tetapi masih belum berbuat
demikian juga perlu disertakan sebagai lampiran kepada laporan
maklum balas urus setia.
(vii)
Menentukan Format Maklum Balas dari Kementerian/Jabatan
Kementerian/jabatan
yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan mesyuarat
hendaklah menghantar maklum balas kepada urus setia
mesyuarat dengan menggunakan format yang berikut:
Cabutan
Keputusan
Taip semula keputusan mesyuarat
seperti mana tercatat dalam minit mesyuarat.
Kedudukan
Masa Kini
Beri keterangan mengenai tindakan yang
telah diambil untuk melaksanakan keputusan mesyuarat.
Peringkat
Pelaksanaan/Pencapaian
Buat perbandingan antara peringkat
pelaksanaan/pencapaian sebenar dengan pelan pelaksanaan.
Masalah
Pelaksanaan
Sebutkan masalah pelaksanaan, jika ada,
yang telah menghalang pencapaian matlamat keputusan
mesyuarat.
Cadangan
Penyeliesaian Masalah
Beri keterangan mengenai cadangan
kementerian/jabatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
(viii)
Penyediaan Laporan Maklum Balas oleh Kementerian/Jabatan
Bertanggungjawab
Dalam
keadaan apabila keputusan mesyuarat memerlukan maklum balas
mengenai pelaksanaan program-program yang melibatkan seluruh
agensi Perkhidmatan Awam, tanggungjawab penyediaan laporan
maklum balas hendaklah diberi kepada agensi yang
bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program tersebut.
Maklum balas yang diterima oleh urus setia hendaklah
diserahkan kepada agensi berkenaan untuk dibuat ringkasan
dan penganalisisan serta disediakan laporan maklum balas.
Agensi berkenaan dikehendaki menyediakan laporan maklum
balas dalam tempoh dua minggu. |