P2 : 01
Petua : Melembutkan  Rambut
Selepas mandi, bilas rambut dengan air teh suam, Gosok serata rambut dan biarkan 10 minit baru dilap rambut tersebut! Insyallah, ianya mujarab kerana saya memang mengamalkannya!
Pengirim : Chokho lala
  P2 : 02
Petua : Mengawal  Kencing  Manis
Bagi yang mengidap Kencing Manis diperingkat permulaan , ambil akar semalu dan jemurkan sehingga kering.Kemudian rebus dan airnya diminum  Amalkan selama dua minggu setiap pagi..Insyallah..
Pengirim : Raja
  P2 : 03
Petua : Mengilapkan Cermin
Anda ingin mengilapkan perabot rumah anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak Cubalah petua saya.ambil kertas akhbar celupkan kedalam air selepas itu gosoklah pada cermin sehingga kering isyaallah cermin akan berkilap serperti baru.
Pengirim : Zai
  P2 : 04
Petua : Kencing malam
Jika kanak-kanak kencing malam, setiap awal pagi apabila bangun dari tidur.Pegang kaki kanak-kanak tersebut keatas dan kepalanya kebawah Insya-allah ianya akan berhasil,amalkan selalu Bagus juga utk orang dewasa yang masih kencing malam.
Pengirim :  Yatie
  P2 : 05
Petua : Mencantikkan  Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik,mestilah rajin mencuci.
1:Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2:Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
Pengirim : Insaniah
  P2 : 06
Petua : Miliki zakar yang keras
Elakkan dari sering meminum minuman yang sejuk seperti air batu dan " soft drink " yang dingin. Minuman yang dingin akan melemahkan zakar dan mempercepatkan keluarnya air mani.Kaum lelaki dan wanita yang sering melakukan "sedentary works" -pekerjaan yang tidak begitu aktif seperti di kerja pejabat perlu melakukan latihan jasmani paling kurang dua kali seminggu demi menjaga kesihatan umum dan peredaran darah yang lancar.
Pengirim : Rainbowguy2000
  P2 : 07
Petua : Mengelak beruban
Ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus.Tumbuk halus/blender kering. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2/3 kali seminggu.Lepas itu cuci rambut. Cara ini akan mengambil masa untuk mendapatkan hasil tapi ianya memang mujarab!
Pengirim : Hazel chu
  P2 : 08
Petua : Tambah nikmat ketika berjimak
Asalammualaikum.........
Sapukan madu lebah asli pada zakar anda lebih kurang sepuluh minit sebelum berjimak. Lebih baik jikalau madu lebah itu dibancuh dgn kuning telur ayam kampung. biarkan separa kering....cubalah sendiri. nikmat nyer luar biasa.zakar anda akan menjadi lebih keras dan bertenaga daripada biasa.
Pengirim : Mohd Zahir
  P2 : 09
Petua : Awet  Muda
Asalammualaikum.........
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.Selamat mencuba petua ini...OK..
Pengirim : Julia  Binti  Ramli
  P2 : 10
Petua : Rambut  Gugur
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu.pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
Pengirim : Pian
  P2 : 11
Petua :Menambah dan memekatkan air mani
Amalkan makan bawang putih yang telah dihiris dimakan dengan roti yang telah disapukan dengan madu lebah asli dan telur setengah masak.amalkan seminggu sebelum berjimak , ketika bersarapan ,insyaallah,si wanita akan merasa kenikmatannya.
Pengirim : Jantung hati
  P2 : 12
Petua : Menurunkan Darah Tinggi
Cara untuk menurunkan darah tinggi ialah dengan cara ambil pucuk limau puruk rebus hingga mendidih dan airnya dibuat minum tiap-tiap hari ,insyaallah dengan cara ini dapat menurunkan darah tinggi dengan izin Allah . Selamat mencuba.
Pengirim : Ismail
  P2 : 13
Petua : Cerah  Mata
Jgn melanggar sarang lelabah. selalu memandang dan memerhati kehijauan bukit bukau, hutan rimba dan kejernihan air dr sungai2.. insyaAllah disamping selalu membaca quran setiap pagi selamat mencuba.
Pengirim : Sufiz
  P2 : 14
Petua : Menghilangkan Panas  Makan Durian
Satu cara yang amat mujarab ialah dengan meminum air dari pangsa durian. caranya selepas makan durian.kulitnya atau pangsa kita taruh air masak lalu minum. insyaallah badan kita tak panas. sila cuba..
Pengirim : Wanna
  P2 : 15
Petua : Mendapat  Anak yang Cerdik
Untuk mendapatkan anak-anak yang cerdik dan tidak lembab bagi pasangan yang ingin mendapatkan anak cuba elakkan makan,makanan ini.Nasi goreng daripada nasi sejok (nasi semalam) jangan dijadikan amalan mengoreng dan memakannya.Jika hendak makan nasi goreng masak nasi yang baru dan barulah digoreng.
Pengirim : Induksuri
  P2 : 16
Petua : Naikkan Seri  Wajah & Otak  Bijak
1. Seri Wajah : Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak :masukkan sedikit garam  dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insya"Allah mujarab.
Pengirim : Md. Zaki
  P2 : 17
Petua : Mencapai  Impian
Segala apa yang berlaku adalah dengan qada dan qadar Allah s.w.t.Tetapi kita sebagai manusia adalah disuruh berikhtiar dan bertawakal kepadaNYA.Seperti fizikal jika selalu dilatih akan menghasil bentuk badan yang cantik,begitu juga dengan fikiran ( minda ).Mula2 duduk bersila genggam tangan dengan ibu jari digenggamkan , kemudian tarik nafas melalui hidung,simpan ( tahan ) nafas antara kemaluan dan pusat ,kosongkan fikiran tumpukan kepada apa yang anda inginkan kemudian lepas nafas perlahan-lahan,ulang untuk beberapa kali yang anda mampu,amalkan setiap masa terutama waktu sunyi sehingga apa yang anda impikan tercapai ( baik yang di minta...baik yang dapat dan sebaliknya kerana Allah adalah maha pemurah ).
Pengirim : Eric
  P2 : 18
Petua : Mencari atau mengingati sesuatu benda yang terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ) insyaAllah anda akan menemuinya kembali. Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali. InsyaAllah
Pengirim : Azee
  P2 : 19
Petua : Tambah Tenaga  Suami  Isteri.
Bagi suami,amalkan tidak meminum air terus selepas makan.Bagi isteri,amalkan meminum air buah ( tidak kira jenis ) setiap malam.Selain mencantikkan kulit air buah ini juga menambah tenaga dan semangat untuk bertarung.Minggu pertama,amalkan petua diatas Minggu ke-2 try lah test power anda.Minggu ke-4 isteri takkan datang haid.( Hamil ).Bagi remaja lelaki elok diamalkan dari awal lagi.InsyaAllah anda tidak akan mengecewakan bila beristeri.
Pengirim : Suami  Steady
  P2 : 20
Petua : Rambut  Gugur
Untuk mereka yang bermasalah tentang keguguran rambut.Caranya ialah dengan mengambil 5 hingga 6 helai daun Pinang Muda ( Pucuknya ), kemudian dipecah-pecahkan dan ramas sehingga mengeluarkan buih.Kemudian sapukan sehingga rata dirambut dan kulit kepala,biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan setiap selepas mandi.Lihatlah perbedaannya dalam tempoh 1 minggu.Akar rambut akan menjadi kukuh dan kelihatan sihat bersinar.
Pengirim : Pian
  P2 : 21
Petua : Menghilangkan sakit kencing manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit.( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju).Dan amalkanlah selama satu bulan.
Pengirim : Gerold
  P2 : 22
Petua : Mengelakkan  Rambut  Berbuah
Asalammualaikum,
Bagi mereka yang bertudung,mesti risau nak basuh rambut pada waktu sebelah pagi sebab takut rambut berbuah.Senang saja jangan sikat rambut dulu pakai terus tudung bila balik rumah nanti , rambut sudah kering jadi sikat terus sajalah.Insyaallah rambut tak berbuah.Saya dah lama mengamalkan petua ini Selamat mencuba.............
Pengirim : Enot
  P2 : 23
Petua : Mengigau - Walking Sleep
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau.Sembelih ayam jantan dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah lalu dimasak , ianya boleh di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah dimasak gulai atau digoreng tidak memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah disembelih halal,dan berilah makan kepada anak anda.Petua ini telah dicuba dan ternyata berhasil.Insya Allah.
Pengirim : Ruddy
  P2 : 24
Petua : Kencing  Tidak  Lawas
Alhamdulillah.Petua ini pun saya dapat melalui pengalaman saya sendiri.Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda hanya perlu amalkan sunnah Nabi S.A.W kerana dalam sunnah ada kejayaan.Ada pun perintah Nabi s.a.w. diwajibkan kita supaya mencukur atau mengunting bulu rambut diari-ari pada kemaluan setiap 40 hari ( Lelaki atau Wanita ).Insyallah dengan izin yang Maha Isa masalah kencing tidak lawas anda dapat diatasi.Wallahuallam.
Pengirim : Norzah
  P2 : 25
Petua : Untuk  Senang  Tidur  Malam
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba petua ini.Yang saya dapat dari pakar perubatan di Jepun.Jika dapat, biarkan kita tidur dalam keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar,sarung bantal dan sebagainya.Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran.Sebelum tidur pula,ambil lemon dan belah dua.Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala kepala.Insyaallah,boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.
Pengirim : Shiomi
  P2 : 26
Petua :Menghilangakan parut cacar (chiken pox)
Asalammualaikum,
1. Pada Tanda yang Berlubang
Sapukan kulit pisang ( bahagian dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh menyembuhkannya.Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering.
2. Pada Tanda Hitam
Kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak.Insyaallah.
Pengirim : Rosar
  P2 : 27
Petua : Hindar kegatalan dan ketatkan Vagina
Ambil tujuh helai daun sireh dan tujuh biji buah kani Basuh dan koyak-koyakan serta ramas daun sireh itu.Kemudian rebus daun sireh itu dan biji buah kani yang telah dibasuh dalam periuk dengan 5 cawan air sehingga lebih kurang 1 jam dengan api yang kecil. Biarkan ia agak suam kuku dan kemudian cucilah bahagian sulit anda.Insya Allah bahagian sulit anda akan berbau wangi dan secara tidak langsung akan menghilangkan masalah kegatalan,keputihan dan mengetatkannya.Cuba dulu baru tahu kesannya.
Pengirim : Nurin
  P2 : 28
Petua : Hilangkan  Parut  Jerawat
Asalammualaikum ,
Untuk menghilangkan kesan parut akibat masalah jerawat adalah dengan mengambil sedikit ubi pokok cekur,ubi tersebut dibersihkan dan diasah dibatu.Air dan ubinya yang hancur diambil dan dicampurkan dengan bedak sejuk kemudian sapukan dimuka, amalkan petua ini selalu insyaallah muka akan berseri dan parut akan hilang.
Pengirim : Ayuni
  P2 : 28
Petua : Hilangkan Bau Hangit  Ketiak
Cara yang amat mudah dan murah. Anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja kapur sirih di kedua-dua ketiak anda selepas mandi iaitu sebelum anda memakai bedak/deodoron. InsyaAllah berkesan untuk aktiviti seharian.Selamat mencuba..
Pengirim : King
  P2 : 30
Petua : Terangkan  mata
Caranya ialah dengan minum air lobak merah selalu.Amalkan selalu selepas makan pagi,petang dan malam insya'allah mata anda akan dapat melihat dengan terang.
Pengirim : Meah