BENTUK MUKA BUMI

KEDUDUKAN DAN SAIZ

  1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT.
  2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
  3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.
  4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.
  5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.
  6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
  7. Negeri-negeri di Malaysia :

Bil.

Negeri

Ibu negeri

1

  Perlis   Kangar
2   Kedah   Alor Setar
3   Pulau Pinang   George Town
4   Perak   Ipoh
5   Selangor   Shah Alam
6   Negeri Sembilan   Seremban
7   Melaka   Melaka
8   Johor   Johor Bahru
9   Pahang   Kuantan
10   Terengganu   Kuala Terengganu
11   Kelantan   Kota Bharu
12   Sabah   Kota Kinabalu
13   Sarawak   Kuching

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

  1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.
  2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.
  3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.
  4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun.
  5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan.

PEMBAHAGIAN KAWASAN FIZIKAL

  1. Kawasan Dataran Tinggi

Banjaran

Negeri

  Banjaran Kledang   Perak
  Banjaran Bintang   Perak
  Banjaran Besar   Selangor
  Banjaran Crocker   Sabah
  Banjaran Titiwangsa   Negeri Sembilan
  Banjaran Benom   Pahang
  Banjaran Tahan   Pahang
  Banjaran Pantai Timur   Terengganu
  Banjaran Maitland   Sabah
  Banjaran Trus Modi   Sabah
  Banjaran Witti   Sabah
  Banjaran Brassey   Sabah
  Banjaran Tama Abu   Sarawak
  Banjaran Kapuas Hulu   Sarawak
  Banjaran Penambo   Sarawak
  Banjaran Hose   Sarawak
  Banjaran Kelingkang   Sarawak
  Banjaran Iran   Sarawak
  1. Kepentingan kawasan dataran tinggi / tanah tinggi

Kepentingan

Contoh kawasan

Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana
(teh & sayur)
Cameron Highlands, Pahang
Kawasan pelancongan Pulau Pangkor, Perak
Kawasan peranginan

 

Bukit Fraser, Pahang
Genting Highlands, Pahang
Cameron Highlands, Pahang
Kawasan tadahan hujan Banjaran Besar, Selangor
Kawasan empangan Empangan Temenggor, Perak
Kawasan air terjun Air Terjun Kota Tinggi, Johor
Kawasan rekreasi Gunung Kinabalu, Sabah
Sumber batu garanit & batu kapur Batu Caves, Selangor
Hutan khatulistiwa merupakan kawasan pembiakan & hidupan liar. Bahagaian tengah Semenanjung & pedalaman Sabah &Sarawak

KAWASAN TANAH TINGGI

  1. Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada :
  1. Batu kapur
  2. Batu granit
  1. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah :
  1. Banjaran Titiwangsa
  2. Banjaran Bintang
  3. Banjaran Kledang
  4. Banjaran Tahan
  5. Banjaran Benom
  6. Banjaran Pantai Timur
  1.  Banjaran Titiwangsa
  • Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
  • Dikenali sebagai "Banjaran Besar".
  • Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
  • Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia.
  • Terdapat setesen penjanaan kuasa hidroelektrik.
  • Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
  1. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa.
  2. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
  3. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang.
  4. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.
  5. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta.
  1. Banjaran-banjaran utama di Sabah :
  1. Banjaran Crocker
  2. Banjaran Brassey
  3. Banjaran Terus Madi
  4. Banjaran Maitland
  1. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah.
  2. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
  1. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah :
  1. Banjaran Tama Abu
  2. Banjaran Kapuas Hulu
  3. Banjaran Iran
  1. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan.
  2. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu.

 

KAWASAN TANAH PAMAH

  1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.
  2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah lanar.
  4. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia :
  1. Lebih luas
  2. Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak merupakan dataran yang amat penting.
  1. Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
  1. Sempit, terputus-putus dan berpasir.
  2. Sering dilanda banjir monsun timur laut.
  3. Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.
  1. Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya
  1. Tanah yang ditakungi air masin dinamakan paya bakau.
  2. Paya bakau banyak didapati di teluk-teluk dan di muara sungai.
  3. Paya ini menjadi paya gambut jika berterusan ditenggelami air masin.
  1. Tanah gambut berwarna hitam dan tidak subur kerana mengandungi asid.
  2. Dataran pantai barat Sabah sempit dan terputus. Tanah pamahnya yang luas ialah:
  1. Sekitar sungai kinabatangan
  2. Semenanjung Semporna
  3. Hilir Lembah Sagama
  4. Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama
  1. Di kawasan ke darat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi oleh air terdapat paya air tawar. Paya air tawar sebahagian besar disalirkan dan digunakan sebagai kawasan pertanian padi sawah dan kelapa.
  2. Paya gambut hanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas dikeringkan. Tanah paya gambut lembut dan tidak subur. Ia hanya digunakan untuk tanaman berakarkan serabut.
  3. Di kawasan ke darat dari tanah pamah lanar terdapat tanah pamah beralun.
  1. Ianya terdapat di selatan Sungai Pahang, negeri Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka dan pantai barat Sarawak.
  2. Sesuai dijadikan kawasan pertanian getah, kelapa sawit, lada hitam, dan pertanian pindah di Sarawak serta kelapa sawit dan koko di Sabah.
  1. Kawasan tanah pamah sesuai untuk :
  1. perlombongan (Lembah Kinta)
  2. pembalakan (selatan Pahang, barat Sarawak, dan timur Sabah)
  1. Dataran pantai Sabah adalah lebar antara 30-65km
  1. terdiri daripada tanah aluvium
  2. Delta Rajang (utama) dan Delta Baram (Utama)
 
  1. Kawasan tanah pamah
  1. Delta Rajang
  2. Delta Baram
  3. Delta Kelantan
  4. Delta Sungai Pahang
  5. Delta Endau-Rompin
  6. Dataran Kedah-Perlis
  7. Dataran Kuching
  8. Dataran Seberang Prai
  9. Dataran Pantai Timur
  10. Dataran Johor
 
  1. Kepentingan tanah pamah
  1. Kawasan pertanian terutamanya
    1. penanaman padi (tanih lanar)
    2. getah dan kelapa sawit (cerun bukit dan tanih laterit)
  1. Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).
  2. Kawasan perindustrian dan perumahan.
  3. Kawsan tumpuan penduduk dan bandar.
  4. Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan landasan keretapi.

KAWASAN PINGGIR LAUT

  1. Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu :
  1. Laut China selatan
  2. Laut Sulu
  3. Laut Sulawesi
  4. Selat Melaka
  1. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  2. Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.

 

Bil.

Ciri-ciri Pinggir Laut

Contoh

Kepentingannya

1.

Pulau
  • Sebuah dataran yang dikelilingi oleh laut
 
  • Pulau Pinang
  • Pulau Tioman
  • Pulau Ketam
  • Pulau Pangkor
 
  • Pelabuhan antarabangsa
  • Pusat pelancongan
  • Pusat perikanan
  • Pelabuhan dalam negeri

2.

Tanjung
  • Dataran yang menganjur ke arah laut
 
  • Tanjung Bunga
  • Tanjung Datu
  • Tanjung Baram
  • Tanjung Duwai
 
  • Tempat rekreasi
  • Tempat bermandi-manda dan berkelah

3.

Teluk
  • Kawasan perairan yang cetek di antara tanjung dan daratan
 
  • Teluk Kimanis
  • Teluk Bahang
  • Teluk Rumania
  • Teluk Cempedak
 
  • Pelabuhan dan pusat perikanan
  • Tempat perkelahan

4.

Paya/Tasik
  • Kawasan berair di pinggir laut
  • Ditumbuhi pokok bakau

 

Kuala-kuala:

  • Sungai Perak
  • Sungai Rajang
  • Sungai Segama
  • Sungai Selangor
 
  • Sumber kayu bakau
  • Hidupan laut (ikan, udang, dan siput)

5.

Pantai
  • Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih
 
  • Port Dickson
  • Pantai Cinta Berahi
  • Pantai Batu Feringgi
  • Pantai Santubong
  • Pantai Tanjung Aru
 
  • Tempat bermandi-manda
  • Tempat perkelahan
  • Tempat pelancongan

 

SISTEM SALIRAN
 
  1. Sungai-sungai berpunca dari kawasan banjaran gunung dan mengalir masuk ke laut.
  2. Kebanyakan sungai utama di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir masuk ke Selat Melaka dan Laut China Selatan.
  3. Sungai utama di Sarawak pula berpunca dari Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran Iran, dan Banjaran Tama Abu dan mengalir masuk ke Laut China Selatan.
  4. Di Sabah, sungai-sungai berpunca dari kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan mengalir masuk ke Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi.
  5. Sungai Pahang (478km) merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
  6. Sungai Kinabatangan (560km) merupakan sungai yang terpanjang di Sabah.
  7. Sungai Rajang (563km) adalah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia.
  8. Secara amnya, sungai-sungai di Malaysia pendek, lurus, cetek, deras dan berliku-liku di bahagian hilirnya.
  9. Tasik terbesar di Malaysia Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang merupakan tasik-tasik semulajadi yang penting.
  10. Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Cenderoh, dan Tasik Temenggor (Perak) pula adalah antara tasik-tasik buatan manusia yang utama.


Kepentingan Sungai dan Tasik

  1. Di kawasan pendalaman yang berhutan, sungai-sungai merupakan cara pengangkutan yang utama :
  1. Sungai Rajang di Sarawak digunakan untuk menghubungkan kawasan pendalaman dengan kawasan hilir sungai.
  2. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman.
  1. Aliran sungai yang deras membolehkan pembinaan empangan-empangan merentasi sungai untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti :
  1. Empangan Cenderoh (Sungai Perak)
  2. Empangan Temenggor (Sungai Perak)
  3. Empangan Kenyir (Sungai Terengganu)
  1. Di kawasan pertanian, air sungai disalirkan untuk tujuan pengairan seperti Rancangan Pengairan (Kedah) dan Rancangan Pengairan Kemubu (Kelantan).
  2. Sungai-sungai membentuk daratan-daratan mendap yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian.
  3. Sungai-sungai membekalkan air tawar untuk kegunaan di rumah dan di kilang.
  4. Sungai-sungai dan tasik juga menjadi sumber ikan air tawar yang penting.
  5. Sungai menjadi sempadan antara negeri dan negara seperti :
  1. Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dan negeri Selangor.
  2. Sungai Golok sempadan antara Kelantan (Malaysia) dan negara Thai.
  1. Sungai-sungai yang mempunyai air terjun tasik-tasik menjadi tempat beriadah dan rekreasi.

PENGARUH KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM FIZIKAL

  1. Kawasan hutan yang luas telah ditebang untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian, dan petempatan.
  2. Penebangan hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan perkara-perkara yang berikut, iaitu :
  1. Rezab kawasan hutan akan semakin kecil
  2. Flora dan fauna yang terdapat dalam hutan akan terancam.
  3. Tanah yang terdedah kepada tindakan hakisan.
  4. Tanah yang terhakis akan kehilangan kesuburan.
  5. Sungai menjadi cetek akibat mendapan sungai yang terlalu banyak.
  6. Berlakunya banjir kilat akibat limpahan air sungai semasa hujan lebat.
  7. Kekurangan tumbuh-tumbuhan dan akar pokok untuk menyerap dan menghalang aliran akan menyebabkan banjir.
  8. Kenaikan iklim mikro setempat.