

|
|
SK Convent Kota, Taiping, Perak
|
Assalammualaikum
wbt dan salam sejahtera.
Tahun 1999 merupakan genap seratus tahun usia sekolah convent. Sekolah Kebangsaan Convent Kota tidak ketinggalan merayakannya dengan pelbagai acara. Sepanjang abad ke 20 sekolah ini telah meraih pelbagai kecemerlangan sama ada di bidang kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang akademik, keputusan UPSR 1998 sekolah ini telah memperolehi seramai 73 orang mendapat 5A. Sekolah ini telah diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan sebagai sekolah ketiga terbaik di Malaysia dari segi peningkatan yang melebihi 20 peratus. Dalam aspek kokurikulum, acara Kuiz Kesihatan sekolah ini telah dinobatkan sebagai juara di peringkat kebangsaan. Dalam sesebuah institusi atau organisasi seperti sekolah, tentu ada resepi dan formula yang menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangannya. Kunci kejayaan di sekolah ini ialah semangat 'team work' yang padu di antara guru-guru sekolah ini dan juga kekuatan 'team work' di antara guru-guru dan ibu bapa. Kita boleh berbangga dengan kejayaan yang ada tetapi kita tidak boleh lupa dengan tanggungjawab kita seterusnya. Dunia akan melangkah ke alaf baru, abad 21. Kita harus menyediakan anak-anak kita dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. Anak-anak kita harus mempunyai pegangan agama yang teguh dengan itu mereka akan merupakan insan yang tahan cabaran, berdaya juang, berdaya saing, merdeka minda, celik sains dan teknologi serta celik IT. Sejajar dengan hasrat tersebut, sekolah ini telah pula mengorak langkah untuk membudayakan sekolah dengan program-program IT. Walaupun sekolah ini tidak tersenarai dalam program Sekolah BESTARI tetapi Insya Allah dengan sokongan para ibu bapa yang padu kita juga tidak akan ketinggalan.
Bersempena dengan "Centenary Celebration" sekolah ini telah memulakan:
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diPertua PIBG dan anggota jawatankuasanya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada program-program sekolah. Dan juga tidak lupa kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dan kerjasama yang erat dalam membawa sekolah ini ke arah kecemerlangan. Sekian, terima kasih.
Puan Noor Rihan bt. Yaakub
|
|
|