
'Teguh dengan azam bakti' bererti menjadi tanggungjawab setiap insan untuk berkhidmat serta berbakti kepada sesiapa jua. Tugas ini amat berat kerana ia memerlukan bukan sahaja tenaga bahkan keikhlasan dan kerelaan dengan mengenepikan kepentingan diri sendiri. Setelah ini berjaya dilakukan baharulah ketabahan, seterusnya kejayaan dapat dicapai sepenuhnya.
Khidmat yang tiada batasan ini bermula dalam diri kita sendiri.
|
|
![]() |
Lencana Sekolah Convent digunakan
di peringkat antarabangsa sejak beberapa abad yang lalu.
Bahagian tengah lencana ini
berwarna merah dengan satu jaluran perak bertepikan emas.
Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi
seluruh alam.
Di sebelah kanan ialah kitab-kitab
suci yang menjadi panduan dalam prinsip pegangan hidup
rakyat Malaysia. Prinsip ini merupakan prinsip pertama
dalam Rukunegara iaitu 'Kepercayaan
Kepada Tuhan'.
Di sebelah kiri pula ialah
'spindle' atau pemintal yang melambangkan kegigihan untuk mencapai
khidmat kerja yang sempurna. 'Spindle' ini memberi
implikasi bahawa seluruh warga sekolah
berasa bangga dalam menjalankan tugas. Berbakti
kepada ribuan murid yang terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kebudayaan,
latar belakang dan keturunan yang
berbeza.
Prinsip di atas menjadi satu
tradisi turun temurun yang diterima oleh setiap warga sekolah dengan
penuh kerelaan dan bangga. Setiap individu bertanggungjawab
memainkan peranan masing-
masing sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam proses menuju ke arah matlamat
melahirkan masyarakat yang hidup bersatu padu, harmonis,
aman dan bahagia. Matlamat ini kini
menjadi cabaran pertama dalam Wawasan 2020.
Di Malaysia perisainya bertatahkan
bintang emas dan dikelilingi oleh sekalung bunga 'marquerita'.
Di atasnya tertulis cogankata:
'Simple in Virtue' (Tulus dengan Fadilah)
dan di sebelah bawahnya tertulis:
'Steadfast in Duty' (Teguh dengan azam bakti)
Kalungan bunga marquerita
adalah simbol kesucian diri kepada Tuhan, diri sendiri, jiran tetangga
dan masyarakat.
Bintang yang sentiasa bersinar
itu adalah melambangkan cahaya panduan yang membimbing ke
arah mencapai matlamat kelima-lima Prinsip Rukunegara
iaitu: