

|
|
|
|
Sekumpulan Guru Mubaligh dari Convent
Pulau Pinang telah
datang ke Taiping bertujuan untuk membuka sebuah 'Convent' atas arahan Reverend Mother Anselm. Mereka ialah Sister Prudence, Sister Angela dan Sister Cecile. Sekolah Inggeris Klian Pau telah ditubuhkan iaitu Convent pertama di Taiping. Jumlah kemasukan murid pada masa itu seramai 75 orang. |
|
|
Mother Clothide, Guru Besar yang pertama telah membuka sebuah kelas yang mengandungi 26 orang murid India yang menjadi perintis kepada Sekolah St. Theresa Convent. |
|
|
Beberapa kelas 'primary' baru telah diadakan di Klian Pau dan pada bulan Disember empat orang calon memasukki peperiksaan 'Prelimanary' sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan 'Junior Cambridge' di Pulau Pinang. |
|
|
Kejayaan cemerlang di bawah pengetua baru yang kedua Mother St. John Baptist, kerajaan Inggeris telah mengurniakan 'First Class Grant' kepada sekolah ini. |
|
|
Mother Clothide kembali memegang jawatan dan bilangan murid meningkat kepada 240 orang dan sepuluh orang guru. |
|
|
Sepuluh orang murid telah menduduki Peperiksaan Cambridge semasa Mother Sister Etienna. Bilangan murid meningkat kepada 286 orang dan guru seramai 12 orang. |
|
|
Sebuah sekolah Convent berhampiran bandar perlu didirikan bagi menampung pertambahan bilangan murid bandar dan mengatasi masalah pengangkutan. |
|
|
Sekolah Convent Kota mula dibina. |
|
|
Convent Kota dirasmikan dan sekolah ini mengandungi 14 bilik darjah, 342 orang murid dan guru seramai 12 orang. |
|
|
Kelas Sains Rumahtangga dimulakan. |
|
|
Perang Dunia Kedua, Convent Kota telah dijadikan markas tentera Jepun untuk Asia Tenggara termasuk Sumatera. |
| 15.8.1945 | Jepun menyerah kalah. Tentera Inggeris mengambil alih Convent Kota dan menempatkan tahanan mereka di Klian Pau. |
| 8.10.1945 | Convent Kota dibuka semula di bawah pimpinan Mother St. John Baptist. Convent dijadikan dua sesi, pagi dan petang. Bilangan murid meningkat kepada 720 orang dan guru 20 orang. |
|
|
Perayaan 'Golden Jubilee' telah diadakan bagi memperingati penubuhannya yang ke 50 tahun. |
|
|
Pelajaran mencapai taraf baru dan intitusi sekolah semakin penting. Di bawah pimpinan Mother Theophane bilangan murid di sekolah rendah meningkat kepada 1034 orang dan guru seramai 39 orang. |
|
|
Convent Kota berkembang maju dari tahun ke tahun. Bilangan murid yang bertambah menyebabkan kekurangan tempat. Bagi mengatasi masalah ini 'Notre Dame' iaitu bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Kota yang ada pada hari ini telah didirikan. Bangunan tambahan ini boleh memuatkan kira-kira 1000 orang murid. |
|
|
Mother Vincent menggantikan Mother Louis. Sekolah Convent dibahagi
dua iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, masing-masing mempunyai
seorang guru besar. Terdapat 1320 orang murid dan 31 orang guru di sekolah
rendah. Sekolah menengah pula mempunyai 503 orang murid dan 21 orang guru.
Lembaga Pengelola Sekolah (SM) dan Lembaga Pengurus Sekolah (SR) telah ditubuhkan. |
| Mac 1958 | Mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama diadakan dengan dihadiri 12 ahli terdiri daripada 3 orang wakil kerajaan, 3 orang wakil ibu bapa, 3 orang wakil murid tua dan 3 orang wakil misionari. |
Muka
hadapan
Ucapan
Aluan Guru Besar
Sejarah
Sekolah
Cogankata
dan lencana sekolah