adam dan hawa
SEJARAH, QURAN DAN SAINS

Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan oleh Allah swt ke dunia ini. Ini berdasarkan beberapa ayat sperti berikut mengikut al-quran:-

2:36 Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: Turunlah kamu! sebahgian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.

Maka menurut tafsir al-azhar karangan Prof. Hamka dari Indonesia dan riwayat-riwayat, kedua nya mendekati pohon khuldi. Sebab tuhan telah berfirman:

2:35 Dan kami berfirman: Hai! Adam, diamilah oleh kamu dan isteri kamu di surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu mendekati pohon ini(Khuldi), yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

Keduanya di gelincirkan oleh syaitan dari syurga.

dari Tafsir al-Azhar tuhan berfirman: Maka digelicirkan keduanya oleh syaitan dari (larangan) itu, dan dikeluarkanlah keduanya dari keadaan yang sudah ada mereka padanya.(pangkal ayat 36). 

Artinya masuklah syaitan ke tempat mereka, lalu merayu dan memperdayakan mereka, supaya  mereka makan juga buah pohon yang terlarang itu, sampai syaitan mengatakan bahawa itulah pohon kekal, siapa yang memakan tidak akan mati-mati. Sampai kerana pandainya syaitan merayu keduanya tergelincir, termakan juga akhirnya buah pohon terlarang itu. Demi mereka   makan, keadaan juga akahirnya berubah, ternyata terbukalah aurat mereka (al-Araf, surat 27, ayat 22), bertukarlah keadaan, insaflah mereka  bahawa mereka telah bertelanjang, alangkah malunya. Maka tahulah tuhan bahawa larangan nya telah dilanggar. Dan berkatlah kami: Turunlah semua! Adalah tiga peribadi yang dimaksudkan oleh ayat itu, iaitu Adam dan hawa dan syaitan yang menggelicirkan keduanya itu. Semua disuruh turun dari tempat yang mulia itu, tidak boleh tinggal disana lagi; yang keduanya melanggar larangan, yang satu lagi kerana menjadi si langkanas memperdayakan orang.

Itulah maksud di dalam tafsir al-azhar.

Kata sesetengah ahli tafsir, memang ini sudah syurga yang dijanjikan itu terletak diluar dunia ini, disuatu tempat yang tinggi. Oleh sebab itu setelah Adam, Hawa dan Iblis disuruh keluar dari dalamnya, disebut Ihbithu, yang bererti turunlah! atau ke bawahlah!.

dimana adam dan 

hawa diturunkan

Menurut riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang katanya diterimanya dari Abdullah bin Umar, bahawa Adam turun ke dunia di Bukit Shafa dan Hawa turun di Bukit Marwah. Dan riwayat lain dari Ibnu Abi Hatim juga, katanya diterima dari Ibnu Umar juga; Adam turun di bumi diantara negeri Jeddah(Jiddah), kerana arti Jiddah ialah nenek perempuan.

Dan ada pula riwayat yang mengatakan bahawa tempat turunnya Nabi Adam bukan di Makkah, bukan di Hindustan, tetapi di Pulau Serendib.

Dimana Pulau Serendib?

Syaikh Yusuf Tajul Khalwati dalam dalam surat-suratnya yang dikirimkan dari Sailan (Ceylon) kepada murid-muridnya di makassar dan banten pada Akhir abad ketujuhbelas, sebelum beliau dipindahkan ke Afrika Selatan, selalu menyebutkan bahawa beliau bersyukur kerana di pulau pengasingan ini, pulau Serendib, tempat turunnya nenek kitan Nabi Adam, dan beliau masih dapat beribadat kepada tuhan. Maka Syaikh Yusuf dengan demikian memegang pendapat yang umum pada aktu itu bahawa Pulau serendib ialah Pulau Ceylon (sekarang Sri Langka).

Tetapi dalam penyelidikan ahli-ahli terakhir menunjukkan bukti-bukti pula bahawa Pulau Serendib bukanlah Ceylon, melainkan Pulau Sumatera. Sebab nama Serendib adalah bahasa Sanskerta yang ditulis dengan huruf Arab. Aslinya ialah Pulau Swarna-Dwipa, iaitu nama Sumatera di zaman dahulu, sebagai juga Jawa Dwipa nama dari Pulau Jawa.

Kita salinkan segala  riwayat ini, sudahlah nyata bahawa kita tidak berpengang kepada salah satu daripadanya. Sedangkan yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Umar, lagi dua macam, yang mengatakan Adam turun di Shafa dan yang satu lagi mengatakan nai Adam turun di antara makkah dengan Thaif.

Di tambahkan lagi dengan riwayat yang mengatakan turun di Hindustan, ditambha lagi dengan riwayat yang mengatakan turun di pulau Ceylon, dan Sumatera, sehingga penafsir ini bisa pula berbangga, bahawa asal seluruh manusia yang ada di atas dunia ini adalah dari pulau Sumatera, sebab serendib adalah Swarnadwipa, dan Swarnadwipa adalah Sumatera, semua nya itu tidak lah sebuah juga yang dapat dipertanggungjawapkan menurut bahan-bahan sejarah. dan riwayat-riwayat semacam inipun tidak ada yang dikuatkan oleh Hadis yang Sahih, walaupun sebuah.

Dahulu kalau kita naik haji, seorang penunjuk jalan akan membawa kita zirah ke kuburan yang dinamakan kuburan Siti Hawa di Jiddah itu;  panjangnya sampai seperempat kilometer atau lebih. dan di Ceylon pun kita bisa dibawa orang ke atas puncak gunung yang dinamakan "Talapak Nabi Adam".

Semuanya ini adalah cerita bagus-bagus untuk khayalan, tetapi akal yang terlatih di bawah bimbingan al-Quran dan Hadis Rasulullah tidaklah akan dapat menelan saja cerita-cerita semacam ini, walaupun ada disuntingkan pada tafsir.

pembuktian dari ulama salaf tentang pendapat mereka

Tek ini adalah dari pendapat ahli sains yang menyatakan tentang perubahan dunia iaitu yang dinamakan ZAMAN AIS DAN GLASIER. Di zaman inilah berlaku perubahan di dunia. Jika kita lihat dizaman ini, ais dan glasier mencair dan meningkatkan kadar air di lautan, akibat dari suhu panas dunia. Maka sebahagian darat telah tenggelam, akibat dari kecairan ais di zaman ais. Berikut adalah catatan dari sebuah buku yang diambil.

DIKUTUB-KUTUB UTARA DAN SELATAN, KITA MENJUMPAI KEPINGAN AIS DAN SALJI YANG BESAR. Kepingan ais dan salji dikutub utara terletak di atas lautan dan memanjang ke bahagian utara Kanada, Eropah dan Greenland. Benua Antartika yang terletak dikutub selatan ditutupi oleh lapisan ais yang dipanggil tutupan ais. Semasa musim sejuk di  kawasan kutub, udara adalah sejuk sehingga sebrang ais yang jatuh dari awan dengan cepatnya dibekukan kepada hablur air yang dipanggil salji. Berlainan daripada kawasan-kawasan lain yang bersalji di dunia, musim panas di kutub adalah terlalu pendek dan sejuk untuk mencairkan semua salji.

Selama berjuta-juta tahun, salji yang lembut dan empuk telah membentuk lapisan-lapisan yang tebal. Berat lapisan-lapisan atas akan menukarkan lapisan-lapisan bawah kepada ais yang keras seperti batu. Berat ais menjadikan lapisan ais bertindak seperti cecair dan mengalir menuruni ais mengalir menuruni lurah sebagi sungai ais dipanggil glasier. Glasier-glasier ini boleh bergerak pada kelajuan yang berbeza-beza daripada beberapa sentimeter kepada 200 m setahun.

Dalam sejarah bumi terdapat tempoh yang selaput ais kutub bertambah untuk menutup benua di sekelilingnya. Tempoh ini dipanggil ZAMAN AIS. Zaman ais terakhir yang besar bermula kira-kira 180,000 tahun dahulu. apabila kebanyakan bahagian benua  Eropah diselubungi oleh Glasier dan padang salji.

KESIMPULAN

 Ini bermakna Adam dan Hawa yang terpisah dan bertemu di Padang Arafah di Mekah.Zaman Ais berlaku dengan kecairan ais yang berlaku dizaman ais mengakibatkan paras air laut di dunia meningkat dan menenggalamkan daratan yang rendah.

 

COPY RIGHT 2001  SOID ABDUL RAZAK